Showing posts with label Oh Tidak Stories. Show all posts
Showing posts with label Oh Tidak Stories. Show all posts

Monday, March 14, 2011

SAMAN EKOR TIDAK SAH, BACA SELANJUTNYA

Mari kita hayati video di bawah ini dan fikir sejenak adakah betul apa yang dibicarakan dan dicanangkan oleh mereka. Bagi Angah, amat-amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan, seolah-olah undang-undang tu sengaja dibuat untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.




Kalau la semua saman yang dikeluarkan oleh JPJ adalah tidak sah dari segi undang-undang, cuba bayangkan kalau semua rakyat yang telah membayar saman mengambil tindakan mahkamah terhadap JPJ secara khususnya, confirm duit yang telah dibayar terpaksa dikembalikan. Cepat ambil tindakan dan jangan biarkan diri anda diblacklistkan tanpa undang-undang yang sah.


"Kesian kena saman ekor, terima jelah adik"

Angah tak pernah kena saman ekor, langgar lampu isyarat pernah la kena saman, tapi Angah tengah laju, tetiba lampu kuning, kalau brek bahaya, teruskan lah, dapat satu saman, langgar lampu merah. Ni pun boleh jadi isu ni saman lampu kuning. Saman ekor ni adalah saman kereta yang laju, kereta tu laju sebab ada orang yang pandu kereta tu laju, bukan nya salah pemilik kereta yang bagi pinjam kereta, mana lah kita tahu dia akan bawa laju, sedangkan yang bawa laju ni majoritinya mempunyai lesen yang diperakui pihak berkuasa. Pemilik kereta juga yang jadi mangsa.

Oklah, Angah tak nak comment panjang, nanti jadi isu lain, tapi peringatan untuk semua dan pengamal undang-undang, jangan bodohkan rakyat kerana anda lebih pakar dalam undang-undang, dah terlanjur macam ni, macam mana nak bagi penjelasan ni.




Angah: Hari ni sempat buat post sebab akhirnya pendapat Angah 10 tahun dulu berkaitan saman ni akhirnya berjaya dikupas dengan baik !!

Wednesday, January 26, 2011

NASIB BAIK PERASAN

As' Salam pembuka tirai cerita Angah buat kali ini. Kemalangan sana-sini terjadi, tapi ramai lagi yang tidak serik2 nak memandu laju dan berbahaya. Semenjak menetap di Puncak Alam, laluan utamanya seringkali berlaku kemalangan ngeri sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. Bahkan dalam seminggu hampir tiga hingga empat kemalangan pasti berlaku di sepanjang jalan yang sangat berhampiran dengan UiTM. Yang sedihnya, pemandu yang cermat pun terlibat angkara kelalaian pemandu lain. Mana taknya, memandu dan memotong secara berbahaya secara membabi buta. Bukan saja kereta, kenderaan seperti motorsikal, lori dan bas turut terlibat sama.

Apabila Angah menggunakan laluan-laluan yang agak popular la di Puncak Alam, ada kalanya termengu sekejap apabila melihat selekoh-selekoh yang mengundang maut banyak terdapat di laluan tersebut. Jadi kepada yang tinggal di atau berhampiran Puncak Alam, perhatikan keadaan sekeliling dan sentiasa berhati-hati. Anak, isteri dan keluarga menanti kepulanganmu.



Ni pulak cerita Angah, nasib baik tak jadi pape kat Angah.. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya Mercedes Benz tu masuk lorong Angah dengan laju. Tak sempat la Angah nak tulis post ni lagi. Siap sempat tangkap gambar lagi tu. Angah rasa terpulang la kat pembaca nak fikir apa sebenarnya terjadi kat atas ni sebab semua mesti kreatif kan. Tujuan Angah hanyalah satu, menyedarkan pembaca tentang bahaya di jalan raya ni, Angah tidak sanggup lagi melihat ada yang terkorban hanya kerana memandu melebihi had laju. Kurangkan masa di jalan raya.

Orang kata ajal maut di tangan tuhan, tapi jangan dicari maut tu di jalan raya. Sempena cuti semesta dan Tahun Baru Cina yang mendatang, Angah doakan semua selamat pulang ke kampung halaman dan kembali dengan selamat. Selamat bercuti semua. Salam sayang, Angah.




Angah: Rasanya pendekatan saman tidak lagi membawa kesan kepada pemandu kerana buktinya kemalangan tetap berlaku di sana sini. Bijak pandai, sila beri idea yang lagi bernas menangani masalah ini.

Thursday, December 23, 2010

SAKIT GILER !!

Korang pernah tak tengah buat sesuatu, tetiba kedebik.. kepala terhantuk kat benda keras. Rasa macam nak pecah kepala ni dibuatnya. Semalam tengah pasang wayar internet kat bawah meja ni, tetiba kedebik.. kepala terhantuk kat meja. Kalau la kita boleh kongsi rasa sakit ni, kan best. Selamat la kepala Angah masih dalam keadaan asal. Terhantuk ni memang tak disangka2, macam gambar kat bawah ni, tengah-tengah lari, kedebik.. kepala terhantuk kat palang besi tu. Peratusan nak jadi tu amat tipis sebab segelintir je yang kena dalam setahun. Mungkin mamat ni sorang je.



Jangan kerap sangat terhantuk kat kepala ni sebab banyak kesan buruk yang mungkin kita alami. Yang penting jaga kepala baik-baik. Wah, jangan fikir kepala lain sudah, sebab semua kepala kot kena jaga, waima kepala paip sekali pun. Antara kesan-kesan buruk ni termasuk mudah lupa, pendarahan dalaman, urat saraf terganggu, sakit kepala berpanjangan, benjolan dan sebagainya. Mari kita tengok gambar kes terhantuk paling dasyat sekali pernah jadi kat atas bumi ni.



Angah: Ingat kawan-kawan, otak ni organ utama ye, tanpa otak kita hanyalah seperti mayat hidup. Jadi elakkan dari terhantuk !!

Monday, November 8, 2010

BERHATI-HATI SEMASA PULANG KE PUNCAK ALAM

Angah selalu ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan supaya memandu dengan berhati-hati ye. Angah tulis entry kali ni kerana rasa bertanggungjawab untuk beri peringatan kepada orang ramai dan penduduk Puncak Alam secara khususnya. Dalam masa seminggu ni, Angah selalu berulang alik dari Shah Alam dan Puncak Alam kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Dalam seminggu tu la, berlaku juga tiga (3) kemalangan yang hampir semuanya berlaku semasa jalan tengah lapang atau waktu tidak sibuk.

Kejadian pertama berlaku di Fasa dua, dimana sebuah kereta wira milik pekerja 99 Speedmart. Kemalangan berlaku di antara sebuah kereta wira dan teksi, bila tengok balik, hanya dua buah tu je kenderaan masa tu, tapi tetap berlaku kemalangan. Kejadian kedua, kereta wira juga memasuki laluan bertentangan di selekoh menuju ke lampu isyarat depan UiTM Puncak Alam yang melanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan. Dan kejadian ketiga, pada hari ni, sebuah kereta terbabas ke dalam semak, Angah rasa kereta dipandu laju semasa melalui selekoh ni. Jom kita imbas detik-detik di tempat kemalangan.


" Selekoh ini menuju ke Puncak Alam, kalau nampak ada satu kereta tersadai di tepi jalan "


" Ini la kereta merah tu, terbabas mungkin dipandu laju "


" Pandu Cermat, Ingatlah Orang Tersayang "




Angah: Diharap tahap keselamatan pengguna jalan raya di sekitar Puncak Alam dapat dipertingkatkan untuk kepentingan bersama dan kemalangan seperti ini dapat dielakkan.

Saturday, October 30, 2010

TAK ABIS-ABIS CERITA KEMALANGAN BAS


29 Oktober 2010: Lagi-lagi kemalangan bas. Kemalangan Bas telah berlaku di Lebuhraya Karak pada pukul 7.51pm tadi. Bas yang membawa 44 orang pelatih dari Pusat Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah dalam perjalanan pulang dari Genting Highland. Setakat ini 38 orang masih lagi terselamat termasuk pemandu dan pembantu bas berkenaan. Manakala mangsa yang meninggal, mati di tempat kejadian.



Angah berdoa agar roh-roh mereka yang meninggal dirahmati. Kepercayaan Angah terhadap perkhidmatan bas semakin berkurangan. Angah nak nasihati para penumpang, kalau tak mahu terlibat dalam kemalangan macam ni, semasa naik bas, bagi ingatan kepada pemandu bas tu supaya berhati-hati, sekurang-kurangnya kalau 40 orang penumpang berbuat demikian, pemandu akan memandu dengan lebih berhati-hati, insyaAllah. Lagi satu, penumpang jangan tidur sepanjang perjalanan kerana sekurangnya apabila berlaku kemalangan, anda telah bersedia. Anda juga mata dan telinga bagi penguatkuasa selepas berlaku kemalangan. Berhati-hati semua !!

Tuesday, October 26, 2010

SMS PENIPUAN TAK ABIS-ABIS MENIPU


"TAHNIAH" Your simCard b'jaya menangi RM 15.000,00, dr"POWER ROOT.SDN'BHD No.siri DT527 Sila Call: 019-803-7849 daripada nombor telefon pengirim +60145568395.




Inilah sms yang Angah terima sebaik sahaja bangun dari tidur, malahan kecewa dengan orang-orang di sebalik penipuan ni yang hidup dengan menipu orang. Lagi-lagi Angah risau ada orang yang akan tertipu dengan sms sebegini bak dipukau mengeluarkan sejumlah wang dan masukkan ke dalam akaun mereka. Untuk peringatan kepada orang ramai sekiranya dapat sms seumpama ini atau sms yang seakan-akan serupa seperti menawarkan wang tunai, hadiah menarik, dan sebagainya, sila abaikan atau padam je sms tu dari telefon. Jangan menyumbang kepada statistik penipuan sms.




Angah: Menipu bukan satu cara untuk meneruskan hidup, jadi penipu di luar sana, masih ada waktu untuk kamu kembali ke pangkal jalan.

Sunday, October 10, 2010

PINJAM KERETA TAPI ADA YANG TAK KENA


First time, kereta BKK ni masuk hospital sebab badannya kemek. Kalau silap sendiri takpe juga, tapi kawan yang pinjam tetiba je kerete Angah ni kemek. Meh sini Angah nak cerita sikit pasal pengalaman Angah ni. Kereta ni Angah beli titik peluh Angah. Kawan selalu minta nak pinjam, kalau tak bagi, cakap kedekut la, nak kecik hati la, tarik muka la, dan macam-macam lagi. Tapi bila kita dapat balik kereta tue, kemek sana kemek sini, memang sakit hati la. Pastu bila pulangkan kereta, kawan hanya tahu minta maaf je. Ini lah satu sebab Angah susah sangat nak bagi pinjam kereta kat kawan-kawan. Cuba bayangkan nak betulkan kemek yang kecil macam kat bawah ni makan beratus-ratus ringgit, kawan yang buat kemek ni, buat tak tahu je, kadang-kadang sampai sanggup putus kawan sebab tak nak bayar kesalahan mereka. Tapi cuba la kena kat kereta sendiri, apa rasa.




Lain kali ingat ye pembaca-pembaca sekalian, bila kita nak pinjam kereta orang, kena la pulang dalam keadaan yang baik. Kalau dah calar tue, kenalah keluarkan duit untuk repair kereta orang tue, kalau kemek, lagi la kena bertanggungjawab. Minta maaf tu memang la satu kewajipan, tapi minta maaf tak hilangkan calar dan kemek kat kereta tue. Lain la kalau tuan punya badan bagi korang bawa, tapi korang tak nak bawa, dia paksa gak, tuan punya badan kena tanggung la.




Angah bawa kereta pun laju gak tapi aspek keselamatan tu selalu diutamakan. Oklah, selepas repair kereta Angah ni pun, masih lagi nampak parut kat kereta ni, sebelum bagi pinjam kena tanya dulu kawan tu, kalau sanggup bertanggungjawab kalau ada calar baru pada kereta. Kalau sanggup baru kasi pinjam. Hehe, jangan marah ye sebab ramai yang kat luar sana pernah merasa sakit bila kereta korang jadi macam ni kan.




Angah: Angah baru je dapat update blog hari nie !!




Thursday, September 23, 2010

AWAS SMS MILO ADALAH SATU PENIPUAN


Pada hari ini, Angah menerima satu SMS yang berbunyi: Number Phone Anda, Telah Berjaya Cabutan Bertuah" RM13,000.00 From: MILO by NESTLE MALAYSIA-BHD. Next Sila Call: +62817212547 RAHMAN BIN ALY Terima-kasih daripada nombor +6285220907974. Angah tidak pernah memasuki apa-apa peraduan sebelum ini dan mustahil nombor Angah boleh menang cabutan bertuah. Post ini peringatan kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan SMS seperti ini kerana ramai yang sudah tertipu dan habis ribuan ringgit.



Jangan kerana inginkan RM13,000.00 yang ditawarkan, kita sanggup mengeluarkan duit sendiri katanya untuk urusan pentadbiran la, apa la. Yang penting selalu berpesan dengan diri sendiri duit tidak datang bergolek, tidak datang dengan sendiri. Penipu tak cari pun memang akan datang mencari kita. Penipuan SMS seperti ini masih berleluasa di negara kita dan masih ada yang tertipu. Tolong sebarkan pesanan ini untuk kebaikan bersama. Terima Kasih. Selamat Hari Raya untuk rakyat 1Malaysia.




Angah: Peringatan ini khas daripada Angah untuk Anda !!




Saturday, September 18, 2010

BAPA JUAL TUBUH ANAK RM10.00


KULIM - Siapa sangka remaja berusia 15 tahun yang masih bersekolah di sini, menyimpan pelbagai sejarah hitam dalam hidupnya.

Ida (bukan nama sebenar) adalah anak ketiga daripada lima beradik.

Menurutnya, ketika berusia tujuh tahun, dia dirogol bapa kandungnya beberapa kali sebelum dijadikan alat pemuas nafsu rakan bapanya itu.

Pada usia sementah itu, dia masih tidak mengenal erti kehidupan dan hanya menurut segala arahan bapanya.

Namun, disebabkan tidak tahan dengan perbuatan bapanya, dia menceritakan permasalahan yang menimpanya itu kepada ibunya yang kemudiannya membuat laporan polis.



“Setahun selepas dia merogol saya, saya diarah bapa melayani nafsu kawan-kawannya pula. Saya akan diberi upah RM10 setiap kali melakukan perbuatan keji itu. Saya diminta melakukan perbuatan itu bersama seorang pak cik. Hampir setahun pak cik melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap saya.

“Semua ini saya rahsiakan daripada pengetahuan orang lain kerana saya diugut bapa sekiranya perkara ini diketahui orang lain, saya akan dicederakan. Saya pernah merayu kepada kawan-kawan bapa supaya tidak melakukan perbuatan itu ke atas saya, tetapi mereka tidak endahkan malah terus memuaskan nafsu mereka kerana sudah membayar duit kepada bapa.

“Perkara ini berlaku sehinggalah saya berusia 11 tahun,” katanya.

Dia tidak menafikan perbuatan keji bapanya itu bukan saja berlaku terhadap dirinya malah nasib sama turut dialami beberapa adik beradiknya. Ada di antara mereka diliwat.

Menurutnya, mereka menjadi trauma terhadap bapa yang sering menjadikan mereka adik beradik tempat memuaskan nafsu.

Walaupun ibunya kini bercerai dengan bapanya, lelaki itu masih mengganggu mereka.

“Saya sedih kerana orang sering ambil kesempatan terhadap diri saya sehingga hari ini. Ada antara mereka mengugut untuk menceritakan apa yang berlaku ke atas saya kepada orang lain dan mengaibkan saya semata-mata mahu melakukan hubungan seks dengan saya.

“Saya tertekan dan kini selalu bermasalah. Tidak ramai yang mahu mempercayai saya, malah menganggap saya bohsia. Semua ini tidak benar.

“Polis menyiasat kes ini dan bapa sekarang di bawah jaminan. Saya berharap mahkamah dapat mempercepatkan pendakwaan terhadap bapa saya kerana dia masih berlegar di sekitar kawasan Kulim. Selagi dia masih ada, tidak ada sebarang pembelaan terhadap kami adik beradik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian




Angah:
Semoga menjadi iktibar kepada kita semua !!

Thursday, September 2, 2010

LAMPU MERAH PUNCA BIASA KEMALANGAN


Lepas sekian lama Angah sepi tanpa internet, hari ni Angah dapat update blog kerana rumah Angah dah ada balik sambungan internet. Kali ni, Angah nak berkongsi sikit pasal kesedaran di jalan raya lepas satu kejadian yang tidak diduga berlaku di depan Angah. Kemalangan yang berlaku kerana kesedaran yang kurang di kalangan pemandu-pemandu masa kini. Lampu isyarat ada tiga warna yang masing-masing mempunyai maknanya yang tersendiri. Angah nak tekankan dekat sini warna merah adalah tanda "BERHENTI", jadi tak salah kalau kita berhenti dan menunggu lampu hijau. Kalau difikirkan, kalau la kita langgar lampu merah, kita akan sampai awal ke destinasi dalam 5 hingga 6 minit, tetapi berbaloikah kalau sampai awal sehingga mempertaruhkan nyawa yang tidak ternilai. Bak kata orang, kalau kita sampai lambat sejam pun, kita mungkin boleh hidup 20 tahun atau lebih lama lagi.



Kejadian dalam gambar ni berlaku kat lampu isyarat dekat Unisel, Shah Alam. Masa tu Angah tengah tunggu lampu hijau, tetiba kereta sama cam Angah tu tapi warna je lain terus je jalan tanpa menghiraukan lampu merah. Sekelip mata je, berdentum bunyinya seolah-olah tidak berbaloi sungguh tindakan pemandu perempuan itu. Angah terus insaf dan memandu penuh berhemah seminggu lepas tu. Mungkin ada yang tak nampak gambar kat atas tu, jadi Angah zoom ke arah kereta yang remuk tu, nasib baik tiada kematian yang direkodkan.



Jadi apa moral yang ingin Angah sampaikan kat sini. Lampu merah direka khas untuk memberi panduan kepada pemandu demi kebaikan bersama. Bila lampu merah, pastikan berhenti walaupun tiada kenderaan pada masa tu. Oklah, jadikan kisah ini teladan supaya kita tak jadi macam ni.


Angah: Memandu ibarat meletak nyawa pemandu dan penumpang di hujung tanduk, kalau tersilap langkah boleh mengundang maut. Memandu berhemah amalan bersama.

Thursday, August 5, 2010

HIASAN CANTIK TETAPI AMAT MERBAHAYA

" Pokok Keladi "


Perhatikan pokok hiasan diatas betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah. Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda. Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning". Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.


Angah: Orang kata kalau benda tu dah berbahaya, jauhkan la dari diri dan keluarga.







Wednesday, July 21, 2010

KOLEKSI MENARIK GAMBAR-GAMBAR PELIK


Mari tengok gambar-gambar kat bawah ni. Mungkin sebahagian dah biasa tetapi tengok jelah. Hehe. Angah suka tengok benda pelik-pelik atau luar biasa yang tidak terlintas pun kat kepala gambar ni boleh wujud. Kalau ada sesiapa nak share gambar kat blog Angah ni, leh email kat Angah di khalid3280-gambar@yahoo.com ye.


" Merempit Dengan Baju Kurung "


" Hidangan Yang Melampau "


" Makan Dalam Dulang Terbesar "


" Ular Tedung Lima (5) Kepala "


Apa pendapat korang lepas tengok gambar ni, ada yang tak logik kan ataupun gambar ni sume bukan original dan diedit. Mungkin betul atau tidak. Hehe. Lepas ni akan tambah lagi koleksi-koleksi gambar-gambar aneh untuk tontonan semua.


Angah: Suka benda yang pelik !!!

Sunday, June 27, 2010

ADA CERITA SERAM DISEBALIK PELEKAT SAMPUL SURAT

Sesiapa kat luar sana yang pernah menjilat pelekat pada sampul surat atau setem? Meh sini ada kisah yang menjijikkan tentang perkara itu. "Seorang wanita sedang bekerja di sebuat pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk pelekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Dipendekkan cerita, ada masalah dengan lidahnya yang mengalami luka kecil tetapi akhirnya membengkak menjadi besar. Apabila dibedah, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur ini mampu menetas didalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya. Kisah benar ini pernah tersiar di dalam berita CNN.




Buat apa la nak jilat pelekat sampul surat tu, bukan kita tahu pun apa yang kita jilat tu. Gunakan span yang disediakan di pejabat pos atau air untuk melembapkan gam di samput surat tersebut, sama juga setem yang ada pelekat di belakangnya. Angah pun tak tahu kesasihan cerita ni tetapi bagus juga ada cerita macam ni, baru la kita menjilat sesuka hati je. Oklah, kepada yang suka menjilat kat luar sana, ingat gambar kat atas ni, tentu sekali tabiat menjilat akan hilang dengan sendirinya.


Angah: Ni kisah kat negara luar bukan Malaysia, mungkin lipas kat sana bertelur dalam bahagian badan manusia, tapi kat Malaysia belum ada kes lagi.







Thursday, June 24, 2010

ALASAN TERBAIK APABILA DITANGKAP TIDUR DI PEJABAT

Angah tahu ramai yang sering kali tertidur semasa bekerja kerana banyak faktor yang tidak dapat dielakkan. Sudah serik dengan alasan-alasan yang biasa digunakan apabila ditangkap tidur oleh majikan atau pekerja sepejabat. Angah ada senaraikan lagi 15 alasan yang mungkin dapat membantu anda, di antaranya adalah:



  1. "Mereka memberitahu saya di Pusat Derma Darah tadi bahawa saya akan ada kesan-kesan mengantuk selepas derma darah dan mungkin tertidur."
  2. "Ini ialah kelebihan 15 minit tidur yang berkesan yang ditekankan dalam kursus pengurusan yang tuan suruh saya hadiri hari tu."
  3. "Whew ! Saya rasa liquip paper saya dah tertumpah atas meja ni."
  4. "Saya bukan tidur ! Saya sedang bermeditasi untuk mendapatkan idea tentang misi syarikat yang baru dan memikirkan anjakan paradigma yang harus diketengahkan."
  5. "Ini ialah salah satu daripada tujuh tabiat orang-orang yang berwawasan tinggi !"
  6. "Saya tengah menguji keyboard sama ada tahan atau tidak."
  7. "Sebenarnya saya tengah (SLEEP; Stress Level Elimination Exercise Plan) yang diajar dalam kursus yang lepas."
  8. "Saya tengah melakukan aktiviti Yoga tahap tertinggi untuk melepaskan stres di tempat kerja. Jangan diskriminasi terhadap orang-orang yang mengamalkan Yoga."
  9. "Kenapa ganggu saya? Saya hampir memikirkan penyelesaian terhadap masalah terbesar syarikat kita."
  10. "Pembuat air kopi di dapur telah rosak."
  11. "Seseorang mesti tersilap pil tidur dalam minuman saya ni."
  12. "Ubat semalam yang saya ambil sampai sekarang meninggalkan kesan yang amat dasyat."
  13. "Ah, benda di luar jangkaan akan berlaku sekiranya kita terlalu kuat bekerja."
  14. "Saya bukan tidur. Saya tengah mengambil contact lens saya tanpa menggunakan tangan."
  15. "Amin" - Alasan terbaik !



Angah: Angah bukan nak galakkan korang tidur di pejabat ye. Cuba la tidak tidur di pejabat dengan tidur awal pada malam sebelumnya. Angah nasihat pada diri sendiri juga.






MANDI BEREMPAT BOGEL DI DALAM BATH TUB


Apa la yang diorang ni duduk borak sambil berendam dalam sinki ni. Angah ada cerita tentang 4 orang daripada negara A, negara B, negara C dan negara D. Ceritanya bermula apabila setiap negara ingin menunjukkan kehebatan masing-masing. Ceritanya bermula apabila negara A menjawab panggilan dengan menggunakan tangan yang dikatakan teknologi terkini.



Negara B terus menyampuk dengan mengatakan dia baru sahaja menerima emel yang dibacakan menerusi cip di dalam telinganya. Sungguh canggih kata negara C tetapi teknologi itu sudah tidak digunakan di negara C dengan bangganya dia berkata. Tetiba negara D tidak ada idea tentang negaranya. Dia lalu bangun untuk meninggalkan mereka bertiga. Apabila negara D bangun, salah seorang daripada mereka bertanya, apa yang ada di punggungmu itu kelihatan seperti tisu putih yang melekat. Dengan selamba negara D dengan tegas berkata, saya baru menerima faks dari kedutaan saya.


Angah: Semoga Terhibur !!







Monday, June 21, 2010

ANUGERAH PALING BERNILAI
PENGLIHATAN

Dalam sedar atau tidak, banyak nikmat yang tidak kita sedari sedang kita nikmati hari-hari dalam menjalani kehidupan indah ini. Salah satunya adalah nikmat penglihatan. Dengan dibekalkan sepasang mata, kita dapat menikmati dan melihat perkara-perkara indah. Angah bersyukur dengan nikmat-nikmat yang dikurnia, begitu juga dengan awak kan. Angah ada bela ikan kat rumah ni, baru perasan ada ikan sudah kehilangan kedua-dua matanya tetapi ikan itu masih hidup. Mata ikan ni kena makan dengan ikan lain yang agak liar. Ikan buta ini menginsafkan Angah kerana sejak kehilangan matanya, ikan ini asyik langgar dinding akuarium, tidak makan dan menangis cuma tak nampak la kesedihan ikan ni.



Gambar ni diambil semasa ikan itu masih hidup dan menunjukkan mata sebelah kanan sudah tiada. Tak dapat bayangkan perasaan ikan ni semasa ikan lain merentap matanya ketika ikan ini masih bernyawa. Ikan emas ni kesayangan teman rumah Angah.



Nampak tak mata sebelah kiri pun sudah hilang. Tak sampai hati dengan penganiayaan ke atas ikan ni, jadi Angah buang ikan-ikan yang jahat tadi ke dalam longkang berhampiran, dah bagi makan pun nak menganiaya ikan ni. Jahat sungguh !! Kawan-kawan jangan curi mata orang ea, nanti Angah buang dalam longkang.


Angah: Nak bela ikan pun kena ada ilmu supaya ikan-ikan dapat merasakan kehidupan dalam akuarium seakan-akan sama dengan dunianya yang sebenar. Angah belajar dari kesilapan.




PENCURI MOTOSIKAL
ZAMAN MODEN

Angah nak cerita sikit ni pasal kes-kes kecurian kenderaan ni sebab berlaku dekat sekitar perumahan Angah. Sebuah motosikal sebelah motorsikal Angah telah hilang setelah pencuri membuat percubaan sebanyak 2 kali, kali pertama gagal kerana ada satu mangga lupa nak di kerat menyebabkan motorsikal itu tidak dapat dibawa lari. Kali kedua pencuri tu lebih teliti dan berjaya mencuri motosikal, pencuri itu memang berani. Cuba lihat kombinasi dua gambar kat bawah ni yang menceritakan segalanya.



Mangga dan rantai yang besar ni senang je kena potong dengan pencuri tu. Tak guna la sahabat-sahabat nak beli mangga dan rantai yang besar-besar sebab pencuri tu ambil masa kurang satu minit nak memotong alat keselamatan seperti ini. Kalau ada rantai dan mangga besar, bermakna adalah pemotong yang besar kan. Jadi fikirkan alternatif lain selain alat keselamatan seperti ini.



Motorsikal yang dicuri bukan calang-calang motorsikal. Motosikal "NINJA KAWASAKI" berkuasa tinggi yang ada ciri keselamatan yang agak rumit tewas dengan 4 orang pencuri dalam masa kurang 5 minit. Jadi beringat-ingat la sebelum kejadian seperti ini berulang lagi.


Kongsi Pengalaman: Dalam pengalaman Angah, pencuri yang tidak berjaya mencuri kenderaan buat kali pertama akan membuat percubaan kali kedua dengan lebih teliti. Sekiranya ada kesan-kesan kenderaan dicungkil, ubah rutin anda supaya pencuri tidak ada peluang untuk mencuri lagi.







VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..