Thursday, September 23, 2010

AWAS SMS MILO ADALAH SATU PENIPUAN


Pada hari ini, Angah menerima satu SMS yang berbunyi: Number Phone Anda, Telah Berjaya Cabutan Bertuah" RM13,000.00 From: MILO by NESTLE MALAYSIA-BHD. Next Sila Call: +62817212547 RAHMAN BIN ALY Terima-kasih daripada nombor +6285220907974. Angah tidak pernah memasuki apa-apa peraduan sebelum ini dan mustahil nombor Angah boleh menang cabutan bertuah. Post ini peringatan kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan SMS seperti ini kerana ramai yang sudah tertipu dan habis ribuan ringgit.



Jangan kerana inginkan RM13,000.00 yang ditawarkan, kita sanggup mengeluarkan duit sendiri katanya untuk urusan pentadbiran la, apa la. Yang penting selalu berpesan dengan diri sendiri duit tidak datang bergolek, tidak datang dengan sendiri. Penipu tak cari pun memang akan datang mencari kita. Penipuan SMS seperti ini masih berleluasa di negara kita dan masih ada yang tertipu. Tolong sebarkan pesanan ini untuk kebaikan bersama. Terima Kasih. Selamat Hari Raya untuk rakyat 1Malaysia.




Angah: Peringatan ini khas daripada Angah untuk Anda !!




2 comments:

melisa said...

hye..saya bru lps kne sms mcm 2..1st mmg la teruja coz mnang cbutn btuah spa x syok...duit 2...lg2 dia ckp rm20,000.00.kol punya kol n ckap...lps 2 x puas hati google lg..last2 tertgk crt mcm nie kan blog..pnya la tkut..mnyal pun ada coz dh kol sna..serik la lps nie..btul2 pnpu mrka nie...

Khalid Amin said...

Akhirnya, dapat gak post ni selamatkan seseorang dari ditipu.. Semoga Allah melindungi kita dari orang yang berniat jahat !!

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..