Wednesday, January 26, 2011

NASIB BAIK PERASAN

As' Salam pembuka tirai cerita Angah buat kali ini. Kemalangan sana-sini terjadi, tapi ramai lagi yang tidak serik2 nak memandu laju dan berbahaya. Semenjak menetap di Puncak Alam, laluan utamanya seringkali berlaku kemalangan ngeri sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. Bahkan dalam seminggu hampir tiga hingga empat kemalangan pasti berlaku di sepanjang jalan yang sangat berhampiran dengan UiTM. Yang sedihnya, pemandu yang cermat pun terlibat angkara kelalaian pemandu lain. Mana taknya, memandu dan memotong secara berbahaya secara membabi buta. Bukan saja kereta, kenderaan seperti motorsikal, lori dan bas turut terlibat sama.

Apabila Angah menggunakan laluan-laluan yang agak popular la di Puncak Alam, ada kalanya termengu sekejap apabila melihat selekoh-selekoh yang mengundang maut banyak terdapat di laluan tersebut. Jadi kepada yang tinggal di atau berhampiran Puncak Alam, perhatikan keadaan sekeliling dan sentiasa berhati-hati. Anak, isteri dan keluarga menanti kepulanganmu.



Ni pulak cerita Angah, nasib baik tak jadi pape kat Angah.. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya Mercedes Benz tu masuk lorong Angah dengan laju. Tak sempat la Angah nak tulis post ni lagi. Siap sempat tangkap gambar lagi tu. Angah rasa terpulang la kat pembaca nak fikir apa sebenarnya terjadi kat atas ni sebab semua mesti kreatif kan. Tujuan Angah hanyalah satu, menyedarkan pembaca tentang bahaya di jalan raya ni, Angah tidak sanggup lagi melihat ada yang terkorban hanya kerana memandu melebihi had laju. Kurangkan masa di jalan raya.

Orang kata ajal maut di tangan tuhan, tapi jangan dicari maut tu di jalan raya. Sempena cuti semesta dan Tahun Baru Cina yang mendatang, Angah doakan semua selamat pulang ke kampung halaman dan kembali dengan selamat. Selamat bercuti semua. Salam sayang, Angah.




Angah: Rasanya pendekatan saman tidak lagi membawa kesan kepada pemandu kerana buktinya kemalangan tetap berlaku di sana sini. Bijak pandai, sila beri idea yang lagi bernas menangani masalah ini.

4 comments:

KUREKURE COMEL said...

betul!!!disebabkan pemandu lain xcermat...org tk berdosa kena tempiasnye...

cikpepel said...

pandu cermat jiwa selamat.... :)
Selamat Hari Raya,... err..

Arpiiz said...

eh2, smpat lagi amek gmbar ye..hehe^^

Khalid Amin said...

Sebenarnya kereta tu kena tunda, hehe, saje je buat suspen !! Nampak macam real tak?

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..