Monday, June 21, 2010

PENCURI MOTOSIKAL
ZAMAN MODEN

Angah nak cerita sikit ni pasal kes-kes kecurian kenderaan ni sebab berlaku dekat sekitar perumahan Angah. Sebuah motosikal sebelah motorsikal Angah telah hilang setelah pencuri membuat percubaan sebanyak 2 kali, kali pertama gagal kerana ada satu mangga lupa nak di kerat menyebabkan motorsikal itu tidak dapat dibawa lari. Kali kedua pencuri tu lebih teliti dan berjaya mencuri motosikal, pencuri itu memang berani. Cuba lihat kombinasi dua gambar kat bawah ni yang menceritakan segalanya.



Mangga dan rantai yang besar ni senang je kena potong dengan pencuri tu. Tak guna la sahabat-sahabat nak beli mangga dan rantai yang besar-besar sebab pencuri tu ambil masa kurang satu minit nak memotong alat keselamatan seperti ini. Kalau ada rantai dan mangga besar, bermakna adalah pemotong yang besar kan. Jadi fikirkan alternatif lain selain alat keselamatan seperti ini.



Motorsikal yang dicuri bukan calang-calang motorsikal. Motosikal "NINJA KAWASAKI" berkuasa tinggi yang ada ciri keselamatan yang agak rumit tewas dengan 4 orang pencuri dalam masa kurang 5 minit. Jadi beringat-ingat la sebelum kejadian seperti ini berulang lagi.


Kongsi Pengalaman: Dalam pengalaman Angah, pencuri yang tidak berjaya mencuri kenderaan buat kali pertama akan membuat percubaan kali kedua dengan lebih teliti. Sekiranya ada kesan-kesan kenderaan dicungkil, ubah rutin anda supaya pencuri tidak ada peluang untuk mencuri lagi.







No comments:

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..