Thursday, December 23, 2010

SAKIT GILER !!

Korang pernah tak tengah buat sesuatu, tetiba kedebik.. kepala terhantuk kat benda keras. Rasa macam nak pecah kepala ni dibuatnya. Semalam tengah pasang wayar internet kat bawah meja ni, tetiba kedebik.. kepala terhantuk kat meja. Kalau la kita boleh kongsi rasa sakit ni, kan best. Selamat la kepala Angah masih dalam keadaan asal. Terhantuk ni memang tak disangka2, macam gambar kat bawah ni, tengah-tengah lari, kedebik.. kepala terhantuk kat palang besi tu. Peratusan nak jadi tu amat tipis sebab segelintir je yang kena dalam setahun. Mungkin mamat ni sorang je.



Jangan kerap sangat terhantuk kat kepala ni sebab banyak kesan buruk yang mungkin kita alami. Yang penting jaga kepala baik-baik. Wah, jangan fikir kepala lain sudah, sebab semua kepala kot kena jaga, waima kepala paip sekali pun. Antara kesan-kesan buruk ni termasuk mudah lupa, pendarahan dalaman, urat saraf terganggu, sakit kepala berpanjangan, benjolan dan sebagainya. Mari kita tengok gambar kes terhantuk paling dasyat sekali pernah jadi kat atas bumi ni.



Angah: Ingat kawan-kawan, otak ni organ utama ye, tanpa otak kita hanyalah seperti mayat hidup. Jadi elakkan dari terhantuk !!

2 comments:

Cik Fia said...

cuba utk tidak terhantuk..

Khalid Amin said...

Nama pun dah "ter" kan.. Mana la boleh elak kalau camtu..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..