Angah tahu ramai yang sering kali tertidur semasa bekerja kerana banyak faktor yang tidak dapat dielakkan. Sudah serik dengan alasan-alasan yang biasa digunakan apabila ditangkap tidur oleh majikan atau pekerja sepejabat. Angah ada senaraikan lagi 15 alasan yang mungkin dapat membantu anda, di antaranya adalah:
- "Mereka memberitahu saya di Pusat Derma Darah tadi bahawa saya akan ada kesan-kesan mengantuk selepas derma darah dan mungkin tertidur."
- "Ini ialah kelebihan 15 minit tidur yang berkesan yang ditekankan dalam kursus pengurusan yang tuan suruh saya hadiri hari tu."
- "Whew ! Saya rasa liquip paper saya dah tertumpah atas meja ni."
- "Saya bukan tidur ! Saya sedang bermeditasi untuk mendapatkan idea tentang misi syarikat yang baru dan memikirkan anjakan paradigma yang harus diketengahkan."
- "Ini ialah salah satu daripada tujuh tabiat orang-orang yang berwawasan tinggi !"
- "Saya tengah menguji keyboard sama ada tahan atau tidak."
- "Sebenarnya saya tengah (SLEEP; Stress Level Elimination Exercise Plan) yang diajar dalam kursus yang lepas."
- "Saya tengah melakukan aktiviti Yoga tahap tertinggi untuk melepaskan stres di tempat kerja. Jangan diskriminasi terhadap orang-orang yang mengamalkan Yoga."
- "Kenapa ganggu saya? Saya hampir memikirkan penyelesaian terhadap masalah terbesar syarikat kita."
- "Pembuat air kopi di dapur telah rosak."
- "Seseorang mesti tersilap pil tidur dalam minuman saya ni."
- "Ubat semalam yang saya ambil sampai sekarang meninggalkan kesan yang amat dasyat."
- "Ah, benda di luar jangkaan akan berlaku sekiranya kita terlalu kuat bekerja."
- "Saya bukan tidur. Saya tengah mengambil contact lens saya tanpa menggunakan tangan."
- "Amin" - Alasan terbaik !
Angah: Angah bukan nak galakkan korang tidur di pejabat ye. Cuba la tidak tidur di pejabat dengan tidur awal pada malam sebelumnya. Angah nasihat pada diri sendiri juga.
4 comments:
Haha..Sentap! =p
Dah sminggu badan asyik lemau je g opis..mengantuk xhengat..huhu..
Angah pun sama, kalau tak mahu kasi alasan-alasan kat atas tu, kena tidur awal ye.. Hehe
hahahaha...masalahnye kalau dh sampai opis secara automatiknye rase nk tdo..mcm ade bantal n tilam memanggil2 je..;p
Ima kena minum NESCAFE + KACIP FATIMAH tanpa gula.. Baru bulat mata bersinar-sinar.. Tidur pun, kerja mesti jalan ye..
Post a Comment