Showing posts with label Makanan Enak. Show all posts
Showing posts with label Makanan Enak. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

A MAGNOLIA SHERBET A DAY MAKE ME SMILE FOR THE DAY

Today, I spend my time to write a little bit about my favorite Magnolia Sherbet flavour which is delightful orange. I like delightful orange flavour the most because I love the taste of juicy orange in the ice cream. The Magnolia Sherbet comes in three other flavours which are Marvelous Mangosteen, Magnificent Melon and Luscious Lychee. You can choose which flavours suit you the most. Everyone afford to buy Magnolia Sherbet because the price just RM2.50 each for 85ml.



I also love to eat Magnolia Sherbet with two slices of bread and it tastes like superb and I can finish up a whole bread just like that. One more thing, I will save one or two cups of Magnolia Sherbet in the fridge because after back from work, I definitely will find one as soon as back home. If any of the readers love this post, can send a box of Magnolia Sherbet to my address okay. While writing up this post, I am enjoying one and this is the picture of me with lovely Magnolia Sherbet.



Finally, I found it, no more dreams, no more tears because I can taste it now. I bought two cups of Magnolia Sherbet worth RM2.50 each at Petronas Pump Station after transferring some money to friends. After bought it, I quickly going back home to enjoy it.



Of course, I opened the orange flavour first because it's my favorite flavour. The first bite was stunning because the ice-cream full with creamy and delicious taste. For sure, I need more Magnolia Sherbet after this.



Okay, eat one and keep one for tomorrow because I'm afraid the Magnolia Sherbet will be sold out. Can you see the color of it?? Did it captured your eyes?? Go and find one for yourself. I will not sharing with anyone. Magnolia Sherbet just for me.

"Magnolia Sherbet freeze the picture"

"A glass of plain water is enough for the cool moment"

F&N offers good prizes consists of RM1,500 for best written blog post (x5) and RM200 weekly winner (x3). Anyone can win but with one condition, show your best creativity in the post. The contest will be runs from 3 January 2011 - 31 January 2011. Do not miss the chances okay !!




Angah: Healthier life comes with healthy foods.

Thursday, October 14, 2010

MENU MESTI CUBA AIS OYEN


Hari ni Angah nak berkongsi salah satu menu menarik di area Shah Alam iaitu Ais Oyen. Ada kawan Angah kata mengada-ngadanya sebut oyen, nape tak sebut je betul-betul oren. Oh ini bukan Ais Oren, ni betul-betul Ais Oyen. Gambar di bawah adalah menu yang Angah maksudkan. Nampak menyelerakan bukan, Angah dah beberapa kali dalam seminggu pergi minum Ais Oyen ni.




Apa yang istimewa sangat Ais Oyen ni, minuman ini dibuat apabila menerima pesanan pelanggan kerana peniaga ingin mengekalkan kesegarannya. Apa yang ada dalam Ais Oyen ni? Dalam Ais Oyen ni ada 15 jenis buah-buahan tempatan dan import seperti kelapa, nangka, dragon fruit / buah naga, pisang, betik, epal, honeydew / tembikai susu, anggur, starfruit / belimbing, tembikai merah, jambu batu, laici, buah plum, nanas, dan buah mangga. Ada pembetulan sikit, ada 10 buah-buahan tempatan seperti Kelapa, Buah Naga, Pisang, Anggur, Betik, Nangka, Tembikai, Mangga, Tembikai Susu dan Nanas. Peh jenuh nak ingat balik apa yang diorang letak dalam Ais Oyen nie. Tak cukup dengan buah-buhan, Ais Oyen ni dibanjiri dengan air dan santan kelapa, creamer dan sebagainya. Angah cuba nak tengok peniaga ni buat Ais Oyen ni tapi kena marah pulak, maklumam rahsia perniagaan katanya. Yang penting, Ais Oyen ni halal untuk dinikmati oleh orang islam.



Angah, dekat mana nak beli Ais Oyen ni?? Berapa pulak harganya?? Terus terlintas di fikiran kalau korang dah scroll sampai bawah ni. Ais Oyen ni eksklusif boleh di dapati di medan selera, seksyen 2, Shah Alam. Lebih tepat lagi di gerai no. 10 iaitu gerai Anika De'Fresh dengan harga RM2.50 setiap satu. Jangan risau lepas korang datang ke gerai ni, korang mesti rasa kagum dengan kepelbagaian minuman yang disediakan pada harga yang berpatutan. Selamat mencuba !!




Angah: Sekiranya korang ada tempat-tempat makan dan minum yang menarik di sekitar Shah Alam ni, boleh berkongsi dengan Angah kerana Angah ni pencinta wanita makanan best-best !!

Saturday, July 3, 2010

KEDAI MAKAN WAN TELOR BERLADA

Angah nak perkenalkan kedai makan yang wajib pergi kalau singgah di area Shah Alam ni. Walaupun kedai ni tersasar sikit dari Shah Alam iaitu terletak di Kampung Kuantan, Klang tapi cuma 5 minit je perjalanan ke sana. Kedainya tak la mewah tapi makanan yang disediakan cukup sedap, banyak dan berpatutan. Gambar kat bawah ni menunjukkan rupa kedai dari arah hadapan. Banyak makanan yang sedap2 kat sini. Bila dah cuba baru la tahu betapa kicknya makanan kat sini.


" Kedai Wan Telor Berlada "


" Kawasan Operasi Kedai "


" Masjid Kampung Kuantan "


Kedai makan ni terletak bersebelahan dengan masjid dan memudahkan pengunjungnya untuk menunaikan kewajipan dan boleh la bertandang lebih lama di kedai ni. Sesuai datang pada bila-bila masa kelapangan. Asyik cakap pasal kedai je kan, mari tengok menu-menu yang selalu Angah order kalau datang ke Gerai Wan Berlada ni. Harga-harga tu mungkin lagi murah sebab ingat-ingat lupa. Yang Angah ingat bila order tomyam, memang tomyam la dia buat, memang terasa tomyamnya.


" Sup Tulang - 5 ketul tulang selalunya "


" Telur Dadar - Ada rasa tersendiri "


" Paprik Campur - Memang sedap sangat "


" Jus Mangga - betul-betul blend mangga "


" Sotong Goreng Tepung "


" Tomyam Campur "


" Paru Black Pepper - Menu istimewa ni "


" Ayam Masak Halia "


Tu je la menu yang Angah leh share sebab takkan Angah nak order semua kan. Tapi semua makanan kat situ ada rasanya yang tersendiri. Jangan lupa kalau bertandang ke Shah Alam, pergi la ke kedai ni. Memang puas hati, gerenti sedap dan murah !!


" Lokasi Kedai Makan Wan Telur Berlada "



Angah: Sesiapa nak share kedai makan yang best kat area Shah Alam, amat la dialu-alukan sebab Angah ni suka makan, nak tahu juga kedai mana yang best.






Thursday, July 1, 2010

BUAH DURIAN RAJA SEGALA BUAH-BUAHAN


Untuk melepaskan geram terhadap buah kegemaran Angah ni, sanggup keluarkan RM10.00 untuk tiga biji durian ni. Hari tu balik kampung hanya leh makan jagung je, pokok durian pula merajuk tak nak berbuah, jadi ambil keputusan beli je. Hari tu ada juga tengok orang jual durian tapi mahal sekilo RM5.50. Dah la sebiji durian berkilo-kilo beratnya, isi kat dalam belum tentu ok lagi.


Tak sabar lepas beli terus buat balik umah dan buka la durian ni, lagi best Angah duduk sorang-sorang kat umah, jadi tak perlu la nak kongsi dengan sape-sape. Jadi mari tengok isi durian ni, sedap ke tak nie. Makan seulas dulu lah nak rasa kan. Perghhh... Buka sume, buka sume.


" Durian pertama tewas di tangan Angah "


" Kalau seulas macam ni orang kata kucing tidur namanya "


Berbaloi tak beli RM10.00 dapat sepinggan macam kat bawah ni. Maaf la kalau kawan-kawan hanya dapat tengok je, kalau boleh letak bau durian ni, nak je upload kat blog nie. Memang puas betul makan malam itu dengan suasana yang tenang dan mendamaikan. Lepas makan durian banyak macam ni, terpaksa la terima kalau badan panas kan.


" Semua ni dah habis dah "



Saje je nak zoom durian ni supaya yang baca post ni semuanya terliur dan pergi beli durian cepat-cepat. Rugi kalau tak makan raja buah ni, cuma harus la sedar diri kalau makan jangan sampai memudaratkan kesihatan ye. Sesiapa nak belanja Angah makan durian, boleh call ye.



Angah: Ni buah kegemaran, memang tak berhenti kalau makan, sedar-sedar semua buah durian dah habis, baru stop makan.







Sunday, June 20, 2010

KAEDAH GORENG
CARA SIHAT


Bab-bab menggoreng ni, Angah memang suka sebab dulu mula-mula belajar menggoreng ni selalu je makanan tu hangus dan hitam. Tapi masa telah berlalu, memang mudah belajar cara menggoreng dengan betul. Makanan bergoreng yang paling Angah suka tentunya "AYAM GORENG" yang kekuningan macam kat bawah ni, kalau malas pergi je ke Restoren KFC dan order la dinner plate, memang puas. Mari kita renung gambar kat bawah ni supaya selera makan bertambah-tambah. Apa lagi belanja la Angah satu ye.



Di sini Angah nak berkongsi sedikit tip-tip mengoreng yang sihat yang Angah sendiri amalkan ketika menggoreng di rumah:
  1. Gunakan minyak masak yang sihat seperti minyak canola, minyak kacang ataupun minyak zaitun.
  2. Goreng makanan dengan pantas pada suhu sederhana sehingga tinggi supaya makanan tersebut boleh masak dengan cepat dan sempurna.
  3. Berhenti menggoreng sebelum minyak yang digunakan berasap. Pada waktu ini toksin dan karsinogen mula terbentuk dan memasuki makanan.
  4. Elakkan daripada menggoreng makanan pada suhu yang terlalu tinggi kerana ia boleh menambahkan terlalu banyak lemak tidak sihat ke dalam makanan.
  5. Jika betul dan tepat cara yang digunakan, rasa makanan dan nutriennya dapat dikekalkan walaupun digoreng dengan minyak yang sedikit.
Sumber: www.mymesra.com.my



"Gambar jangan goreng ye.."


Angah: Kawal makanan yang bergoreng supaya tidak berlebihan dan banyakkan makanan yang tidak menggunakan minyak seperti sup, rebus, dan sebagainya.







Friday, May 28, 2010

MID VALLEY
JALAN-JALAN DI KUALA LUMPUR


Salam, entry kali ini nak cerita pasal diri sendiri. Pada minggu lepas, lepas kerja sume dah siap, balik rumah dan terus bersiap. Terus grab kunci kereta dan drive ke Mid Valley berjumpa kawan-kawan dan plan kali ni hendak berkongsi cerita dengan mereka. Sampai pun agak lambat sebab banyak alasan; kerja di pejabat tetiba banyak, tetiba kena ambil test yang tertangguh, dan jalan yang penuh dengan sesak. Alhamdullilah kawan-kawan faham dan menyambut Angah dengan penuh senyuman.

Okay, tetiba di Mid Valley, amat susah nak cari parking, terus bergegas, kawan-kawan sudah menunggu di Oasis, Mid Valley. Sangat lapar dan terus order makan ala-ala Portugies Grill. Mula la bercerita..


Sempat makan je dengan diorang..




Sedap makanan kat Oasis, Mid Valley ni.. Licin pinggan member sebelah..


Habis je makan, diorang ni ajar Angah shopping, best sebenarnya kalau kita sendiri yang shopping daripada ikut dan tengok orang shopping. Satu yang harus diingat tentang shopping, duit melayang la kan..

Selepas habis program dengan diorang ni, ada satu lagi program kat Jusco, Bukit Raja tepat pukul 9:00 malam. Kawan-kawan sedang menunggu untuk menonton "The NightMare" .. Sampai di sini saja entry kali nie..

Kongsi Pengalaman: Angah hampir-hampir menemui ajal kerana tetiba ada lopak air di tengah-tengah highway menyebabkan ada kereta berhenti tapi masa tu Angah tengah tekan minyak 140km, the moral of the cerita ini, biar lambat asal selamat..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..