Showing posts with label Tempat Makan Best. Show all posts
Showing posts with label Tempat Makan Best. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

MENU MESTI CUBA AIS OYEN


Hari ni Angah nak berkongsi salah satu menu menarik di area Shah Alam iaitu Ais Oyen. Ada kawan Angah kata mengada-ngadanya sebut oyen, nape tak sebut je betul-betul oren. Oh ini bukan Ais Oren, ni betul-betul Ais Oyen. Gambar di bawah adalah menu yang Angah maksudkan. Nampak menyelerakan bukan, Angah dah beberapa kali dalam seminggu pergi minum Ais Oyen ni.




Apa yang istimewa sangat Ais Oyen ni, minuman ini dibuat apabila menerima pesanan pelanggan kerana peniaga ingin mengekalkan kesegarannya. Apa yang ada dalam Ais Oyen ni? Dalam Ais Oyen ni ada 15 jenis buah-buahan tempatan dan import seperti kelapa, nangka, dragon fruit / buah naga, pisang, betik, epal, honeydew / tembikai susu, anggur, starfruit / belimbing, tembikai merah, jambu batu, laici, buah plum, nanas, dan buah mangga. Ada pembetulan sikit, ada 10 buah-buahan tempatan seperti Kelapa, Buah Naga, Pisang, Anggur, Betik, Nangka, Tembikai, Mangga, Tembikai Susu dan Nanas. Peh jenuh nak ingat balik apa yang diorang letak dalam Ais Oyen nie. Tak cukup dengan buah-buhan, Ais Oyen ni dibanjiri dengan air dan santan kelapa, creamer dan sebagainya. Angah cuba nak tengok peniaga ni buat Ais Oyen ni tapi kena marah pulak, maklumam rahsia perniagaan katanya. Yang penting, Ais Oyen ni halal untuk dinikmati oleh orang islam.



Angah, dekat mana nak beli Ais Oyen ni?? Berapa pulak harganya?? Terus terlintas di fikiran kalau korang dah scroll sampai bawah ni. Ais Oyen ni eksklusif boleh di dapati di medan selera, seksyen 2, Shah Alam. Lebih tepat lagi di gerai no. 10 iaitu gerai Anika De'Fresh dengan harga RM2.50 setiap satu. Jangan risau lepas korang datang ke gerai ni, korang mesti rasa kagum dengan kepelbagaian minuman yang disediakan pada harga yang berpatutan. Selamat mencuba !!




Angah: Sekiranya korang ada tempat-tempat makan dan minum yang menarik di sekitar Shah Alam ni, boleh berkongsi dengan Angah kerana Angah ni pencinta wanita makanan best-best !!

Thursday, August 5, 2010

BARBEQUE DI RUMAH KAK JUE (RMI)


Seronok rasanya dapat berkumpul macam ni, makan-makan dan spend masa sama-sama. Walaupun Angah tidak lagi bekerja sebagai Skim Khidmat Pelajar kat RMI (Research Management Institute, UiTM), tetap juga dijemput, terharu rasanya. Terima kasih khas buat Kak Ju, Kak Lala and the geng. Barbecue tu memang happening, makanan best-best walaupun terlebih kertas hitam (black pepper). Cakap banyak pun tak guna, mari kita sama-sama usha gambar masa kejadian.


" Kak Lala & Adik Lala "


Masa ni memang ramai AJK makanan sampai tukang masak macam tarik muka sebab makanan tak sampai 2 minit je habis ditelan AJK makanan. Angah pun memang tak pandang dah kira kanan, ada makanan terus sambar. Kalau dapat buat karaoke ke, game ke, mesti lagi happening malam ni. Jadi silakan buat lagi.


" Angah bersama Adik Lala, Kak Juhara & Emma Tersot "


" Sibuk je "

Menu kali ni memang pelbagai termasuk la ayam bakar, udang bakar, otak-otak, tomyam, kerang bakar, dan banyak lagi rasanya. Program macam ni sangat bagus untuk hilangkan stres di tempat kerja dan juga sesuai dijadikan tempat perbincangan tak formal. Rasanya banyak juga perkara tempat kerja yang berbangkit pada masa kejadian.


" Barbecue Site: Masa Ni Tengah Bakar Otak-Otak "


" Sedap Giler Kot "


Kalau ada event lagi lepas ni, jangan lupa roger-roger Angah ye. InsyaAllah, akan spend masa yang lebih lama masa ni. Maaf terpaksa pulang awal sebab ada appointment lain masa tu. Walaupun sekejap, Angah rasa gembira sangat dapat hadir, dapat jumpa rakan-rakan seperjuangan satu ketika dahulu.


Angah: Pantang sekali kalau tengah makan, pastu orang nak ungkit-ungkit pasal makanan. Rasa nak campak makanan tu kat muka orang tu. The moral of the story, kalau dah tahu tak cukup, jangan la ajak.








Tuesday, August 3, 2010

WILLIAM CORNER KEDAI MAKAN KAT KELANA JAYA

Dah lama nak update tempat-tempat makan yang best, sekarang baru ada kesempatan. Kali ini Angah nak perkenalkan kedai William, Angah dah pergi sekali je kedai ni sebab makanan dia yang begitu mahal berbaloi dengan kuantiti makanan yang banyak. Mungkin kalau sesiapa bertandang ke kedai ni, daripada luaran, confirm la tak menarik, mari kita tengok view kedai ni, pastu bagi komen ok.. Hehe.. Ni gambar yang sempat diambil oleh Angah sendiri setelah sampai sambil-sambil tunggu makanan.


" View Hadapan Kedai William "


" View Hadapan Gak.. Belakang Tak Bagi Masuk "


Kalau sesiapa leh nampak menu yang Angah zoom kat bawah ni, boleh la buat-buat budget untuk pergi merasa tempat makan ni. Menu paling murah RM10.00, menu paling cikai la kata orang. Kedai ni ada menyediakan Nasi, Noodles, Western, Pizza dan Air yang meletup, fuhh tak sangka kan kedai cam ni boleh sediakan menu yang bertaraf 5 bintang tue.


" Menu Kedai William "


Ni dia orang di sebalik tabir yang memperkenalkan kedai yang mewah ni. Thank to him, kalau nak add ada je kat facebook, Fadzli Latiff.. Mari kita tengok, apa yang Angah dan Fadzli order kali ni.. Jom singkap..


" Pelanggan Yang Setia "


" Chicken Chop - Menu Fadzli "


" Nasi Goreng Ayam Pandan - Menu Angah "


" Air Soda Special - Menu Minuman Angah "


Makanan dia memang top, rasa dan kuantiti dia memang puas hati sebab tu harga dia mahal kot. Air Soda Special ni sekali tengok macam Aquarium, letak anak ikan pun cantik gak ni. Kat bawah dia ada daun pudina dan serai.. Amacam, pernah minum air serai tak?? Kalau nak rasa, datang la kat kedai ni atau pun kerat serai, buat sendiri.. Oklah, search kat google maps kalau nak tahu direction yang sebenar.


Angah: Kalau nak menghabiskan duit, banyak je tempat boleh pergi tapi kalau nak buat duit, memang la takde tempat nak dituju. Jadi lepas dah penat-penat kerja, simpan la sikit untuk masa hadapan.







Monday, June 28, 2010

BALIK KAMPUNG !! KAMPUNG JAWI-JAWI, BENTONG, PAHANG

Bila tengok kat TV, jualan durian di sana-sini, terus teringat kat kampung mana la tahu musim durian kat kampung juga. Tapi segan la nak tanya, nampak sangat balik kampung sebab nak durian je, haha. Jadi bersama-sama Angah, Fazliana, Saloma, dan Aida bertolak dalam pukul 7.00 pagi hari Sabtu menuju destinasi. Gambar-gambar semasa perjalanan tak dapat nak ambil sebab asyik sesat je walaupun jalannya macam familiar. Sampai je kat kampung, terus bergambar, semasa hari masih siang.



Bagaikan langkah kanan, kami semua dijemput menghadiri satu kenduri perkahwinan yang berlangsung di kampung Angah. Walaupun tak sempat nak mengenali pasangan mempelai, tapi makanan yang disediakan amat sedap dan menyelerakan. Semangat kejiranan terserlah kerana penduduk kampung bergotong-royong menguruskan majllis perkahwinan tersebut.



Cantik bakul ni yang diperbuat daripada surat khabar yang sungguh kreatif, tapi Angah tak dapat, diorang bertiga je yang dapat. Sesudah puas menjamu selera, pulang ke rumah, rehat kejap ambil tenaga untuk buat aktiviti seterusnya iaitu melawat-lawat sekitar kampung. Mari lihat view-view cantik di kampung Angah ni.


" Pemandangan Sungai Triang "


" Daun Pokok Tua Yang Melitupi Langit "


" Inilah Style Kami "


" Janji Kami Tersemat Di Sini "


" Rugi Tak Bawah Baju Lebih Kan "


" Nilai Sendiri Betapa Cantiknya Pokok Tua Ini "


" Jom Panjat Pokok Ni "


Penat-penat bergambar-gambar di sekitar Sungai Triang ni, kami terserempak dengan bakal-bakal model, sempat la tangkap gambar diorang untuk kenang-kenangan. Mari Angah kenalkan model-model yang baru merangkak naik ni.


" Khalid Si Pencinta Wanita "


" Fazliana Si Wanita Cilik Rupawan "


" Aida Si Gadis Peniaga Berjaya "


" Saloma Si Gadis Bersuara Lunak "



Setelah penat bergambar sepuas-puasnya, kami pulang ke rumah dengan harapan yang menggunung dapat merasa durian kampung yang lazat. Tapi apakan daya bukan musim durian la kat kampung Angah, kelukaan kami diubati dengan rasa enak jagung rebus yang baru dipetak dari ladang. Tengok la warna kekuningan jagung ni buat kami lupakan durian buat sementara.



Sebelum bertolak pulang, kami menghabiskan masa yang singkat dengan makan malam bersama keluarga Angah di kampung. Kami disajikan dengan makanan seperti Ayam Masak Lemak, Sayur Labu Goreng, Telur Dadar Ala Kampung, Tempoyak Enak + Sambal Ikan Bilis, Buah Tembikai + Buah Mempelam, Sup Ayam Kampung dan Air Teh Cina.



Memang seronok jalan-jalan kali ini, diharap lepas ni diorang ni Fazliana, Saloma, dan Aida boleh la bawak Angah berjalan-jalan kampung masing-masing. Nak rasa juga kehidupan di kampung orang dan melihat keindahan kampung masing-masing. Sampai di sini sahaja coretan Angah buat kali ini.


Angah: Sekali sekala pulang ke kampung dapat melepaskan stres yang ditanggung semasa di bandar. Hargai kampung masing-masing kerana keindahan kampung ada kelainannya.









VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..