Angah nak perkenalkan kedai makan yang wajib pergi kalau singgah di area Shah Alam ni. Walaupun kedai ni tersasar sikit dari Shah Alam iaitu terletak di Kampung Kuantan, Klang tapi cuma 5 minit je perjalanan ke sana. Kedainya tak la mewah tapi makanan yang disediakan cukup sedap, banyak dan berpatutan. Gambar kat bawah ni menunjukkan rupa kedai dari arah hadapan. Banyak makanan yang sedap2 kat sini. Bila dah cuba baru la tahu betapa kicknya makanan kat sini.
" Masjid Kampung Kuantan "
Kedai makan ni terletak bersebelahan dengan masjid dan memudahkan pengunjungnya untuk menunaikan kewajipan dan boleh la bertandang lebih lama di kedai ni. Sesuai datang pada bila-bila masa kelapangan. Asyik cakap pasal kedai je kan, mari tengok menu-menu yang selalu Angah order kalau datang ke Gerai Wan Berlada ni. Harga-harga tu mungkin lagi murah sebab ingat-ingat lupa. Yang Angah ingat bila order tomyam, memang tomyam la dia buat, memang terasa tomyamnya.
" Ayam Masak Halia "
Tu je la menu yang Angah leh share sebab takkan Angah nak order semua kan. Tapi semua makanan kat situ ada rasanya yang tersendiri. Jangan lupa kalau bertandang ke Shah Alam, pergi la ke kedai ni. Memang puas hati, gerenti sedap dan murah !!
" Lokasi Kedai Makan Wan Telur Berlada "
Angah: Sesiapa nak share kedai makan yang best kat area Shah Alam, amat la dialu-alukan sebab Angah ni suka makan, nak tahu juga kedai mana yang best.
8 comments:
ala.. perut fia dah bunyi2 ni... besh2
Hehe.. Harus pergi ni.. Nak pi puncak hari ni pun takde kerja pape..
Huhu, still learning from others.. Thanks for the visit..
lapar pula jamu mata
tengah²hari ni tengok menu tu..
Tu lah, Angah yang dah kenyang pun terliur juga.. Pi la makan Ietams..
bro bagi alamat detail.....
Nak alamat ea, kalau bagi peta boleh tak?? Nanti Angah update status post nie ea. Angah tak tahu alamatnya.
salam kenal angah..nice blog u have..layan gak baca post2 u..
btw kedai mkn nie mmg best kan..an kalu dtg sini pun selalu order nasi goreng telor berlada + paru black pepper..terbaekk!! (^_^)
http://andrejournal.blogspot.com/
Post a Comment