Sunday, June 20, 2010

KAEDAH GORENG
CARA SIHAT


Bab-bab menggoreng ni, Angah memang suka sebab dulu mula-mula belajar menggoreng ni selalu je makanan tu hangus dan hitam. Tapi masa telah berlalu, memang mudah belajar cara menggoreng dengan betul. Makanan bergoreng yang paling Angah suka tentunya "AYAM GORENG" yang kekuningan macam kat bawah ni, kalau malas pergi je ke Restoren KFC dan order la dinner plate, memang puas. Mari kita renung gambar kat bawah ni supaya selera makan bertambah-tambah. Apa lagi belanja la Angah satu ye.



Di sini Angah nak berkongsi sedikit tip-tip mengoreng yang sihat yang Angah sendiri amalkan ketika menggoreng di rumah:
  1. Gunakan minyak masak yang sihat seperti minyak canola, minyak kacang ataupun minyak zaitun.
  2. Goreng makanan dengan pantas pada suhu sederhana sehingga tinggi supaya makanan tersebut boleh masak dengan cepat dan sempurna.
  3. Berhenti menggoreng sebelum minyak yang digunakan berasap. Pada waktu ini toksin dan karsinogen mula terbentuk dan memasuki makanan.
  4. Elakkan daripada menggoreng makanan pada suhu yang terlalu tinggi kerana ia boleh menambahkan terlalu banyak lemak tidak sihat ke dalam makanan.
  5. Jika betul dan tepat cara yang digunakan, rasa makanan dan nutriennya dapat dikekalkan walaupun digoreng dengan minyak yang sedikit.
Sumber: www.mymesra.com.my



"Gambar jangan goreng ye.."


Angah: Kawal makanan yang bergoreng supaya tidak berlebihan dan banyakkan makanan yang tidak menggunakan minyak seperti sup, rebus, dan sebagainya.







No comments:

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..