Thursday, July 1, 2010

BUAH DURIAN RAJA SEGALA BUAH-BUAHAN


Untuk melepaskan geram terhadap buah kegemaran Angah ni, sanggup keluarkan RM10.00 untuk tiga biji durian ni. Hari tu balik kampung hanya leh makan jagung je, pokok durian pula merajuk tak nak berbuah, jadi ambil keputusan beli je. Hari tu ada juga tengok orang jual durian tapi mahal sekilo RM5.50. Dah la sebiji durian berkilo-kilo beratnya, isi kat dalam belum tentu ok lagi.


Tak sabar lepas beli terus buat balik umah dan buka la durian ni, lagi best Angah duduk sorang-sorang kat umah, jadi tak perlu la nak kongsi dengan sape-sape. Jadi mari tengok isi durian ni, sedap ke tak nie. Makan seulas dulu lah nak rasa kan. Perghhh... Buka sume, buka sume.


" Durian pertama tewas di tangan Angah "


" Kalau seulas macam ni orang kata kucing tidur namanya "


Berbaloi tak beli RM10.00 dapat sepinggan macam kat bawah ni. Maaf la kalau kawan-kawan hanya dapat tengok je, kalau boleh letak bau durian ni, nak je upload kat blog nie. Memang puas betul makan malam itu dengan suasana yang tenang dan mendamaikan. Lepas makan durian banyak macam ni, terpaksa la terima kalau badan panas kan.


" Semua ni dah habis dah "



Saje je nak zoom durian ni supaya yang baca post ni semuanya terliur dan pergi beli durian cepat-cepat. Rugi kalau tak makan raja buah ni, cuma harus la sedar diri kalau makan jangan sampai memudaratkan kesihatan ye. Sesiapa nak belanja Angah makan durian, boleh call ye.



Angah: Ni buah kegemaran, memang tak berhenti kalau makan, sedar-sedar semua buah durian dah habis, baru stop makan.







4 comments:

Safiah Ibrahim said...

sy sgt suka durian.
itu

Khalid Amin said...

Hehe.. Sori, durian tu dah tinggal kenangan je..

Anonymous said...

pergh memanglah cari pasal kan letak gambar doriyan tue kan kan kan! huhhhh JELES*

Khalid Amin said...

Hehe, tulah niat sebenar, Hehe.. Sila jealous banyak-banyak..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..