Monday, March 14, 2011

SAMAN EKOR TIDAK SAH, BACA SELANJUTNYA

Mari kita hayati video di bawah ini dan fikir sejenak adakah betul apa yang dibicarakan dan dicanangkan oleh mereka. Bagi Angah, amat-amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan, seolah-olah undang-undang tu sengaja dibuat untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.




Kalau la semua saman yang dikeluarkan oleh JPJ adalah tidak sah dari segi undang-undang, cuba bayangkan kalau semua rakyat yang telah membayar saman mengambil tindakan mahkamah terhadap JPJ secara khususnya, confirm duit yang telah dibayar terpaksa dikembalikan. Cepat ambil tindakan dan jangan biarkan diri anda diblacklistkan tanpa undang-undang yang sah.


"Kesian kena saman ekor, terima jelah adik"

Angah tak pernah kena saman ekor, langgar lampu isyarat pernah la kena saman, tapi Angah tengah laju, tetiba lampu kuning, kalau brek bahaya, teruskan lah, dapat satu saman, langgar lampu merah. Ni pun boleh jadi isu ni saman lampu kuning. Saman ekor ni adalah saman kereta yang laju, kereta tu laju sebab ada orang yang pandu kereta tu laju, bukan nya salah pemilik kereta yang bagi pinjam kereta, mana lah kita tahu dia akan bawa laju, sedangkan yang bawa laju ni majoritinya mempunyai lesen yang diperakui pihak berkuasa. Pemilik kereta juga yang jadi mangsa.

Oklah, Angah tak nak comment panjang, nanti jadi isu lain, tapi peringatan untuk semua dan pengamal undang-undang, jangan bodohkan rakyat kerana anda lebih pakar dalam undang-undang, dah terlanjur macam ni, macam mana nak bagi penjelasan ni.




Angah: Hari ni sempat buat post sebab akhirnya pendapat Angah 10 tahun dulu berkaitan saman ni akhirnya berjaya dikupas dengan baik !!

2 comments:

Safiah Ibrahim said...

saman pun ada ekor kan.. ^_~

Khalid Amin said...

Selalunya no. plat yang dibelakang selalu kena speed trap sebab tu namanya saman ekor. Hik3.

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..