Sunday, October 10, 2010

PINJAM KERETA TAPI ADA YANG TAK KENA


First time, kereta BKK ni masuk hospital sebab badannya kemek. Kalau silap sendiri takpe juga, tapi kawan yang pinjam tetiba je kerete Angah ni kemek. Meh sini Angah nak cerita sikit pasal pengalaman Angah ni. Kereta ni Angah beli titik peluh Angah. Kawan selalu minta nak pinjam, kalau tak bagi, cakap kedekut la, nak kecik hati la, tarik muka la, dan macam-macam lagi. Tapi bila kita dapat balik kereta tue, kemek sana kemek sini, memang sakit hati la. Pastu bila pulangkan kereta, kawan hanya tahu minta maaf je. Ini lah satu sebab Angah susah sangat nak bagi pinjam kereta kat kawan-kawan. Cuba bayangkan nak betulkan kemek yang kecil macam kat bawah ni makan beratus-ratus ringgit, kawan yang buat kemek ni, buat tak tahu je, kadang-kadang sampai sanggup putus kawan sebab tak nak bayar kesalahan mereka. Tapi cuba la kena kat kereta sendiri, apa rasa.




Lain kali ingat ye pembaca-pembaca sekalian, bila kita nak pinjam kereta orang, kena la pulang dalam keadaan yang baik. Kalau dah calar tue, kenalah keluarkan duit untuk repair kereta orang tue, kalau kemek, lagi la kena bertanggungjawab. Minta maaf tu memang la satu kewajipan, tapi minta maaf tak hilangkan calar dan kemek kat kereta tue. Lain la kalau tuan punya badan bagi korang bawa, tapi korang tak nak bawa, dia paksa gak, tuan punya badan kena tanggung la.




Angah bawa kereta pun laju gak tapi aspek keselamatan tu selalu diutamakan. Oklah, selepas repair kereta Angah ni pun, masih lagi nampak parut kat kereta ni, sebelum bagi pinjam kena tanya dulu kawan tu, kalau sanggup bertanggungjawab kalau ada calar baru pada kereta. Kalau sanggup baru kasi pinjam. Hehe, jangan marah ye sebab ramai yang kat luar sana pernah merasa sakit bila kereta korang jadi macam ni kan.




Angah: Angah baru je dapat update blog hari nie !!




2 comments:

Ms and Mr Red Ribbon said...

same with me... bukan setakat calar n kemek, tetibe dah jumpe banyak kertas saman kat dalam kete... peerrgghh... sakit ati...

Khalid Amin said...

Lagi parah kalau kena macam tu.. Kalau Angah di tempat awak, memang bergaduh la jawabnya..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..