Thursday, June 24, 2010

ALASAN TERBAIK APABILA DITANGKAP TIDUR DI PEJABAT

Angah tahu ramai yang sering kali tertidur semasa bekerja kerana banyak faktor yang tidak dapat dielakkan. Sudah serik dengan alasan-alasan yang biasa digunakan apabila ditangkap tidur oleh majikan atau pekerja sepejabat. Angah ada senaraikan lagi 15 alasan yang mungkin dapat membantu anda, di antaranya adalah:



  1. "Mereka memberitahu saya di Pusat Derma Darah tadi bahawa saya akan ada kesan-kesan mengantuk selepas derma darah dan mungkin tertidur."
  2. "Ini ialah kelebihan 15 minit tidur yang berkesan yang ditekankan dalam kursus pengurusan yang tuan suruh saya hadiri hari tu."
  3. "Whew ! Saya rasa liquip paper saya dah tertumpah atas meja ni."
  4. "Saya bukan tidur ! Saya sedang bermeditasi untuk mendapatkan idea tentang misi syarikat yang baru dan memikirkan anjakan paradigma yang harus diketengahkan."
  5. "Ini ialah salah satu daripada tujuh tabiat orang-orang yang berwawasan tinggi !"
  6. "Saya tengah menguji keyboard sama ada tahan atau tidak."
  7. "Sebenarnya saya tengah (SLEEP; Stress Level Elimination Exercise Plan) yang diajar dalam kursus yang lepas."
  8. "Saya tengah melakukan aktiviti Yoga tahap tertinggi untuk melepaskan stres di tempat kerja. Jangan diskriminasi terhadap orang-orang yang mengamalkan Yoga."
  9. "Kenapa ganggu saya? Saya hampir memikirkan penyelesaian terhadap masalah terbesar syarikat kita."
  10. "Pembuat air kopi di dapur telah rosak."
  11. "Seseorang mesti tersilap pil tidur dalam minuman saya ni."
  12. "Ubat semalam yang saya ambil sampai sekarang meninggalkan kesan yang amat dasyat."
  13. "Ah, benda di luar jangkaan akan berlaku sekiranya kita terlalu kuat bekerja."
  14. "Saya bukan tidur. Saya tengah mengambil contact lens saya tanpa menggunakan tangan."
  15. "Amin" - Alasan terbaik !



Angah: Angah bukan nak galakkan korang tidur di pejabat ye. Cuba la tidak tidur di pejabat dengan tidur awal pada malam sebelumnya. Angah nasihat pada diri sendiri juga.






4 comments:

FazliaNa said...

Haha..Sentap! =p
Dah sminggu badan asyik lemau je g opis..mengantuk xhengat..huhu..

Khalid Amin said...

Angah pun sama, kalau tak mahu kasi alasan-alasan kat atas tu, kena tidur awal ye.. Hehe

BULAN said...

hahahaha...masalahnye kalau dh sampai opis secara automatiknye rase nk tdo..mcm ade bantal n tilam memanggil2 je..;p

Khalid Amin said...

Ima kena minum NESCAFE + KACIP FATIMAH tanpa gula.. Baru bulat mata bersinar-sinar.. Tidur pun, kerja mesti jalan ye..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..