Showing posts with label Cerita Alam. Show all posts
Showing posts with label Cerita Alam. Show all posts

Monday, June 28, 2010

BALIK KAMPUNG !! KAMPUNG JAWI-JAWI, BENTONG, PAHANG

Bila tengok kat TV, jualan durian di sana-sini, terus teringat kat kampung mana la tahu musim durian kat kampung juga. Tapi segan la nak tanya, nampak sangat balik kampung sebab nak durian je, haha. Jadi bersama-sama Angah, Fazliana, Saloma, dan Aida bertolak dalam pukul 7.00 pagi hari Sabtu menuju destinasi. Gambar-gambar semasa perjalanan tak dapat nak ambil sebab asyik sesat je walaupun jalannya macam familiar. Sampai je kat kampung, terus bergambar, semasa hari masih siang.



Bagaikan langkah kanan, kami semua dijemput menghadiri satu kenduri perkahwinan yang berlangsung di kampung Angah. Walaupun tak sempat nak mengenali pasangan mempelai, tapi makanan yang disediakan amat sedap dan menyelerakan. Semangat kejiranan terserlah kerana penduduk kampung bergotong-royong menguruskan majllis perkahwinan tersebut.



Cantik bakul ni yang diperbuat daripada surat khabar yang sungguh kreatif, tapi Angah tak dapat, diorang bertiga je yang dapat. Sesudah puas menjamu selera, pulang ke rumah, rehat kejap ambil tenaga untuk buat aktiviti seterusnya iaitu melawat-lawat sekitar kampung. Mari lihat view-view cantik di kampung Angah ni.


" Pemandangan Sungai Triang "


" Daun Pokok Tua Yang Melitupi Langit "


" Inilah Style Kami "


" Janji Kami Tersemat Di Sini "


" Rugi Tak Bawah Baju Lebih Kan "


" Nilai Sendiri Betapa Cantiknya Pokok Tua Ini "


" Jom Panjat Pokok Ni "


Penat-penat bergambar-gambar di sekitar Sungai Triang ni, kami terserempak dengan bakal-bakal model, sempat la tangkap gambar diorang untuk kenang-kenangan. Mari Angah kenalkan model-model yang baru merangkak naik ni.


" Khalid Si Pencinta Wanita "


" Fazliana Si Wanita Cilik Rupawan "


" Aida Si Gadis Peniaga Berjaya "


" Saloma Si Gadis Bersuara Lunak "



Setelah penat bergambar sepuas-puasnya, kami pulang ke rumah dengan harapan yang menggunung dapat merasa durian kampung yang lazat. Tapi apakan daya bukan musim durian la kat kampung Angah, kelukaan kami diubati dengan rasa enak jagung rebus yang baru dipetak dari ladang. Tengok la warna kekuningan jagung ni buat kami lupakan durian buat sementara.



Sebelum bertolak pulang, kami menghabiskan masa yang singkat dengan makan malam bersama keluarga Angah di kampung. Kami disajikan dengan makanan seperti Ayam Masak Lemak, Sayur Labu Goreng, Telur Dadar Ala Kampung, Tempoyak Enak + Sambal Ikan Bilis, Buah Tembikai + Buah Mempelam, Sup Ayam Kampung dan Air Teh Cina.



Memang seronok jalan-jalan kali ini, diharap lepas ni diorang ni Fazliana, Saloma, dan Aida boleh la bawak Angah berjalan-jalan kampung masing-masing. Nak rasa juga kehidupan di kampung orang dan melihat keindahan kampung masing-masing. Sampai di sini sahaja coretan Angah buat kali ini.


Angah: Sekali sekala pulang ke kampung dapat melepaskan stres yang ditanggung semasa di bandar. Hargai kampung masing-masing kerana keindahan kampung ada kelainannya.









Friday, June 25, 2010

KISAH PENGAJARAN ULAT MERAH DAN NABI DAUD


Hari ni Angah nak berkongsi cerita tentang seekor ulat. Pernah nampak seekor ulat dan terfikir tak kenapa ulat tu wujud. Begini ceritanya dalam sebuat kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika dulu apabila Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab Az-Zabur, tiba-tiba dia terpandang akan seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daub a.s berkata kepada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"




Selepas berkata demikian, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu berkata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli a'la Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi ummiyyi wa a'la alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali. Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah daripadamu?" Akhirnya Nabi Daud a.s menyedari akan kesilapan memandang remeh akan ulat tersebut dan dia sangat takut kepada Allah SWT. Maka Nabi Daud a.s pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.





Apa pengajaran yang Angah dapat daripada cerita ni, kalau seekor ulat yang kecil tu pun kita tak boleh pandang rendah, apatah lagi manusia yang besar panjang ni kan, tak kisah la rupa bentuk, paras rupa, keupayaan, dan sebagainya. Walaupun Angah selalu jumpa orang yang suka menjatuhkan orang lain ni, tapi Angah berharap Angah tak tergolong dalam golongan itu sebab Angah penuh dengan kekurangan jika dibanding dengan ulat merah itu sekalipun.


Angah: Semoga cerita ulat merah ni dapat menjadi pedoman kepada kita semua termasuk diri Angah. Tapi jangan la pulak teman-teman bela ulat kat umah pulak ye !!







Monday, June 21, 2010

MARI MENJALA DI SUNGAI
PLENTONG TENGAH

Sebagai seorang insan yang bergelar lelaki, Angah rasa perlu ada kemahiran serba serbi dan pengetahuan yang luas untuk berjaya di dunia dan akhirat. Tak semestinya ulat buku seperti Angah, lupa akan cara hidup dan kerja-kerja orang kampung seperti menangkap ikan, bertanam, dan sebagainya untuk meneruskan hidup mereka. Malaysia kaya dengan sumber makanan yang melimpah ruah. Kali ni Angah nak kongsi pengalaman belajar menjala ikan dan udang di Sungai Plentong Tengah, Johor Darul Takzim.



Kalau la kaki pancing nak cari tempat ni, boleh la tengok map kat bawah ni atau search kat google map untuk direction yang lebih jelas. Boleh lihat kan kawasan tu memang strategik di pertemuan antara tiga sungai, confirm la banyak ikan bermain kat kawasan macam ni.



Di sinilah semua cerita bermula, pemandangan indah di bawah jambatan inilah Angah bermula membaling jala baru untuk mencari sasaran iaitu udang. Malang sungguh nasib Angah hari tu kerana bukan musim udang tetapi musim ikan kecil seperti ikan Seliding. Betul ke nama ikan ni?? Tapi Angah bernasib baik hari tu, 2 ikan Siakap masuk jala Angah.



Ikan Siakap ni memang jadi buruan kaki pancing di sungai tu, cuma Angah kalau pancing selalunya tak bawa balik apa-apa ikan pun, biar la penat menjala tapi ada hasilnya. Ikan-ikan lain yang berjaya di bawa naik seperti Ikan Kitam seakan-akan Ikan Talapia dan Ikan belanak seperti gambar di bawah. Ikan sungai ni banyak tulang, bisa dan duri, kena hati-hati bila pegang ikan-ikan ni.




Ikan kat bawah ni la yang paling banyak, bila tebar jala, beratus-ratus ikan ni masuk jala. Selalunya ikan ni orang buat ikan kering untuk makan dengan nasi kerabu tapi goreng pun sodap. Ikan ni bila dah terlekat kat jala memang susah nak buka sebab banyak duri kat kepalanya.


Yang bawah ni agak besar tetapi ini bukan la ikan yang masuk jala Angah tetapi boleh ambil kalau dah bayar kat Pasar Borong. Angah menjala kat tepi sungai je, bukan kat laut dalam. Ikan besar macam ni kena la bermalam tengah laut, baru la jenis-jenis ikan jenahak dan ikan cencaru boleh dapat.


Untuk kaki-kaki pancing di luar sana, boleh la luangkan masa untuk pergi ke Sungai Plentong Tengah kerana sentapan ikan Siakap di situ memang ganas. Kalau pancing disentap, confirm tak kurang 1kg ikan Siakap confirm naik. Sebelum pergi yang penting bagitau Angah dulu ye, boleh la pergi sama-sama.



Angah: Kalau la Malaysia darurat dan makanan susah nak cari, memang ke sungai la Angah pergi, confirm dapat buat lauk untuk isi perut.











Tuesday, June 15, 2010

TEKNIK PENYAMARAN
RAMA-RAMA

Satu malam Angah pulang dari makan dalam pukul 11 malam, Angah macam biasa parking kereta, tengok sekeliling, usha awek kalau ada.. Tapi selalunya tak de. Masa nak naik tangga menuju ke rumah, terpandang la satu benda nie.. Sekali pandang, terus terdetik kat dalam fikiran nie, "Cantiknya rim motor orang nie..". Lepas fikir tu, rasa macam pelik pulak, bila tengok kali kedua, baru la perasaan makhluk Allah yang sangat cantik dan tengah menyamar seakan-akan lock motosikal nie. Cuba tengok kalau ada perasaan la, ngeri pun ada gak bila tengok corak ala-ala mata makhluk ni.



Untuk pengetahuan korang, rama-rama sebesar ni susah nak jumpa selalu sebab jangka hayatnya amatla pendek. Semasa ulat beluncas lagi, makhluk ni memang besar.. Pernah tengok ulat beluncas sebesar ibu jari korang. Angah pernah tengok sekali je warna kuning. Lepas dah ambil gambar rama-rama ni, Angah pun beredar sebelum dia rasa terancam.. Cewah..







Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara
Tanpa ada halangan
Aman damai suka-suka
Riang ria tanpa ada
Rasa duka sengketa
Rama-rama

Lagu Rama-Rama -- Ella







Kongsi Pengalaman:
Angah pernah terpijak rama-rama cam ni, mereka ni sangat rapuh dan mudah mati, jadi pesanan Angah berhati-hati dengan rama-rama.. Angah sangat kagum sebab mereka sangat cantik dan menawan..






VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..