Showing posts with label Pedoman Islam. Show all posts
Showing posts with label Pedoman Islam. Show all posts

Monday, September 20, 2010

70 JENIS DIKENALPASTI DOSA BESAR


Angah ada terbaca jenis-jenis dosa besar yang mungkin dilalukan dalam kehidupan seharian oleh sesiapa sahaja termasuk Angah sendiri. Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:


"Anda Ditahan Kerana Melakukan Kesalahan-Kesalahan Di Bawah"


70 Jenis Dosa-Dosa Besar:
  1. Belajar Ilmu Dan Sembunyi Pengetahuan
  2. Bersaksi Palsu
  3. Berjudi
  4. Bersumpah Palsu dan Bohong
  5. Berbohong
  6. Bergambar Di Baju Bila Sembahyang
  7. Perempuan Pelacur
  8. Berbuat Buruk Terhadap Yang Lemah
  9. Berdebat Dan Memusuhi
  10. Bersifat Dayus
  11. Bercakap Kasar Dengan Orang Tua
  12. Dusta Nama Allah Dan Rasulnya
  13. Derhaka Pada Suami
  14. Derhaka Pada Hamba Allah, Anggah Baik Dirinya
  15. Hakim Derhaka
  16. Homoseks (Seagama atau Sejenis)
  17. Mengurangi Timbangan
  18. Lari Seorang Hamba Dari Tuannya
  19. Lelaki Menyerupai Wanita
  20. Lari Dari Medan Perang Di Jalan Allah
  21. Membunuh Manusia
  22. Membunuh Diri Sendiri
  23. Mengamalkan Sihir
  24. Meninggalkan Sembahyang Lima Waktu
  25. Meninggalkan Sembahyang Jumaat
  26. Menderhaka Kepada Kedua Ibu Bapa
  27. Memutuskan Hubungan Silaturrahim
  28. Melakukan Zina
  29. Makan Harta Anak Yatim Secara Tidak Betul
  30. Makan Dari Kekayaan Haram
  31. Memberi Dan Menerima Rasuah
  32. Melabuhkan Pakaian Kerana Berlagak Sombong
  33. Makan Riba
  34. Minum Arak
  35. Mencuri
  36. Merompak
  37. Melakukan Kezaliman
  38. Melakukan Pengkhianatan
  39. Menyebut-Nyebut Pemberian
  40. Mengingkari Janji
  41. Menfitnah
  42. Mengutuk Orang Islam
  43. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah
  44. Menipu Harta Rampasan
  45. Melampaui Batas
  46. Menuduh Zina Terhadap Orang Baik
  47. Memakai Emas Dan Sutera (Bagi Lelaki)
  48. Mempercayai Nujum Dan Sihir
  49. Menjadi Bapa Sanggup
  50. Mencari Kesalahan Orang Lain
  51. Mengganggu Orang Lain
  52. Mengganggu Tetangga
  53. Menyakiti Dan Memaki Orang Islam
  54. Mengintip Dan Membuka Rahsia Orang
  55. Mencaci Sahabat Nabi
  56. Mengurangi Wasiat
  57. Mengingkari Takdir
  58. Putus Asa Dari Rahmat Allah
  59. Penipuan Dan Kezaliman Terhadap Rakyat
  60. Riak Dan Mempamerkan Diri
  61. Syirikkan Allah Dengan Sesuatu Yang Lain
  62. Sombong Serta Angkuh
  63. Sembelih Untuk Selain Allah
  64. Tidak Mengeluarkan Zakat
  65. Tidak Berpuasa Di Bulan Ramadhan
  66. Tidak Mengerjakan Haji Jikalau Mampu
  67. Tidak Beristinjak Selepas Kencing
  68. Tidak Mendengar Cakap Ibu Bapa
  69. Tipu Daya
  70. Wanita Menyerupai Lelaki

Itulah senarai-senarai yang dihimpunkan. Jangan salah faham dengan senarai tersebut kerana disusun mengikut abjab. Selepas baca senarai di atas, ada tak dosa besar yang selalu kita lakukan. Ada bukan, manusia tidak lepas daripada kesilapan dan kekurangan. Mari sama-sama kita perbetulkan diri untuk menjadi insan yang lebih berguna.



Angah: Muhasabah diri adalah yang terbaik !!

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN SELAMAT BERPUASA SEMUA


Salam semua, menjelang bulan yang mulia ini, hanya muncul sekali sahaja dalam setahun, Angah ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Banyak manfaat yang diperolehi di dalam bulan ini, jangan lepaskan peluang kerana tahun depan kita tidak tahu lagi samaada kita dapat bertemu bulan yang sama seperti bulan ini. Syukuri nikmat yang kita perolehi walaupun sedikit. Ringan-ringankan tangan untuk menghulurkan nikmat yang kita ada kepada mereka yang lemah kerana bulan Ramadhan ini mengajar kita erti kesusahan dan ketahuilah kesusahan juga adalah satu kenikmatan. Manusia selalunya ingat pada tuhan mereka apabila mereka ditimpa kesusahan tetapi leka apabila dibanjiri kenikmatan dunia. Cukup la coretan Angah untuk renungan bersama, Angah pun nak minta maaf dari hujung rambut sekiranya tersilap kata, terkira makan minum dan sebagainya.



Kesempatan yang ada ni patut tidak patut disediakan, kalau bulan-bulan lain, ada je yang menghasut kita daripada melakukan perkara baik. Tapi bulan ni, makhluk tu dah takde dan tak ganggu dah kehidupan seharian kita. Kalau ada yang sama dah dengan makhluk ni, tu Angah tak nak komen tapi Angah tahu semua pembaca-pembaca kat luar sana baik-baik belaka. Oklah, jom niat puasa esok + pakej sebulan juga.



Sehari telah berlalu, 29 hari lagi untuk menguji keimanan diri. Bersama-sama kita menjayakan ibadat Ramadhan ini. Kalau nak berbuka tu, boleh la reserve sikit untuk Angah, nak juga merasa apa menu berbuka. Hari ni berbuka ala kadar je sebab Angah simpan niat nak kurus juga.


Angah: Selamat Berpuasa !! Jangan cuba nak buka periuk ye !! Hehe..

Friday, July 16, 2010

SANGGUL TINGGI PENGHALANG BAU SYURGA?

Angah nak berkongsi dengan pembaca-pembaca di luar sana yang sukakan fesyen. Islam memang tak menghalang umatnya untuk berfesyen, tetapi kena la tahu batas-batas dan landasan yang betul. Ni pun satu lagi isu yang makin hangat dibicarakan di sana sini. Angah pun tak leh komen sangat tapi nasihat Angah untuk perkara-perkara yang kurang pasti, mari sama-sama kita elakkan untuk kebaikan bersama ye.



“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat ” - Hadis riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Rasulullah s.a.w bersabda: “ Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini ” - Hadis riwayat Muslim.





Open Your Eyes (with Lyrics)


Angah:
Untuk wanita yang berambut panjang, memang la diharuskan mereka bersanggul tetapi sanggulan itu harus la ke bawah dan sanggulan ini bertujuan mengelakkan rambut mereka daripada terkeluar daripada tudung.








Friday, June 25, 2010

KISAH PENGAJARAN ULAT MERAH DAN NABI DAUD


Hari ni Angah nak berkongsi cerita tentang seekor ulat. Pernah nampak seekor ulat dan terfikir tak kenapa ulat tu wujud. Begini ceritanya dalam sebuat kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika dulu apabila Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab Az-Zabur, tiba-tiba dia terpandang akan seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daub a.s berkata kepada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"




Selepas berkata demikian, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu berkata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli a'la Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi ummiyyi wa a'la alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali. Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah daripadamu?" Akhirnya Nabi Daud a.s menyedari akan kesilapan memandang remeh akan ulat tersebut dan dia sangat takut kepada Allah SWT. Maka Nabi Daud a.s pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.





Apa pengajaran yang Angah dapat daripada cerita ni, kalau seekor ulat yang kecil tu pun kita tak boleh pandang rendah, apatah lagi manusia yang besar panjang ni kan, tak kisah la rupa bentuk, paras rupa, keupayaan, dan sebagainya. Walaupun Angah selalu jumpa orang yang suka menjatuhkan orang lain ni, tapi Angah berharap Angah tak tergolong dalam golongan itu sebab Angah penuh dengan kekurangan jika dibanding dengan ulat merah itu sekalipun.


Angah: Semoga cerita ulat merah ni dapat menjadi pedoman kepada kita semua termasuk diri Angah. Tapi jangan la pulak teman-teman bela ulat kat umah pulak ye !!







VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..