Showing posts with label Jalan-Jalan Stories. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Stories. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

RABBIT PETTING ZOO ARNAB COMEL


Semalam ada expo dekat depan PKNS Shah Alam, Angah lalu la kat situ dan baru tahu itu adalah hari terakhir. Bila lalu kat situ, ada pulak yang mencuit pandangan mata Angah iaitu Rabbit Petting Zoo. Sekali masuk RM3 seorang, kalau 2 orang RM5, offer di saat-saat akhir. Yang bayar, boleh la nak pegang-pegang rabbit yang banyak dalam kandang tu, nak bagi makan ke, bergambar ke, sume boleh. Yang tak bayar, kena duduk mengidam luar pagar je la.



Macam-macam saiz dan warna ada. Yang penting memang arnab-arnab ni comel2 sumenya. Yang dalam gambar kat bawah ni nama dia arnab pemalu, sorokkan muka bila halakan kamera. Kalau Angah ada arnab ni, nak nama kan dia "ben ben" macam iklan paint seamaster. Hehe.



Duduk-duduk tilik arnab ni, nampak la satu karpet dari belakang. Ingat karpet, tapi arnab rupanya. Betul-betul Angah ingatkan karpet sbb bulu dia memang gebu dan lembut pastu tak bergerak langsung. Jualan arnab pada hari ni memberangsangkan sebab sume arnab terjual.



Cuba korang tengok, macam karpet kan. Hehe. Ni nak buat soalan ni: Karpet ke Arnab?? Kalau pandai jawab lah.. Hehe.. Arnab ni memang buat Angah geram sampai ke hari nie. Angah pun bercadang nak beli tapi nasib baik takde duit masa tu. Mahal kot seekor arnab ni.


Arnab yang kat bawah ni not for sale sebab masih dalam pantang susuan. Tapi ciut-miut sume anak-anak arnab ni, nak pegang tak boleh sebab masih kecil. Sape nak arnab ni, Angah nak kasi free-free je nie.. Hehe..



Sekarang ni Angah dah mula rindu kat arnab-arnab ni. Semoga dapat bersua lagi. Huhu. Untuk baca entry yang sama pasal ekspo arnab ni boleh klik kat sini.. Safiah Ibrahim..




Angah: Untuk pengetahuan pembaca, daging arnab boleh dimakan tapi mahal sikit la. Masa ekspo ni, daging arnab dijual pada harga RM30.00 seekor. Nyum !! Nyum !!

Thursday, October 14, 2010

MENU MESTI CUBA AIS OYEN


Hari ni Angah nak berkongsi salah satu menu menarik di area Shah Alam iaitu Ais Oyen. Ada kawan Angah kata mengada-ngadanya sebut oyen, nape tak sebut je betul-betul oren. Oh ini bukan Ais Oren, ni betul-betul Ais Oyen. Gambar di bawah adalah menu yang Angah maksudkan. Nampak menyelerakan bukan, Angah dah beberapa kali dalam seminggu pergi minum Ais Oyen ni.




Apa yang istimewa sangat Ais Oyen ni, minuman ini dibuat apabila menerima pesanan pelanggan kerana peniaga ingin mengekalkan kesegarannya. Apa yang ada dalam Ais Oyen ni? Dalam Ais Oyen ni ada 15 jenis buah-buahan tempatan dan import seperti kelapa, nangka, dragon fruit / buah naga, pisang, betik, epal, honeydew / tembikai susu, anggur, starfruit / belimbing, tembikai merah, jambu batu, laici, buah plum, nanas, dan buah mangga. Ada pembetulan sikit, ada 10 buah-buahan tempatan seperti Kelapa, Buah Naga, Pisang, Anggur, Betik, Nangka, Tembikai, Mangga, Tembikai Susu dan Nanas. Peh jenuh nak ingat balik apa yang diorang letak dalam Ais Oyen nie. Tak cukup dengan buah-buhan, Ais Oyen ni dibanjiri dengan air dan santan kelapa, creamer dan sebagainya. Angah cuba nak tengok peniaga ni buat Ais Oyen ni tapi kena marah pulak, maklumam rahsia perniagaan katanya. Yang penting, Ais Oyen ni halal untuk dinikmati oleh orang islam.



Angah, dekat mana nak beli Ais Oyen ni?? Berapa pulak harganya?? Terus terlintas di fikiran kalau korang dah scroll sampai bawah ni. Ais Oyen ni eksklusif boleh di dapati di medan selera, seksyen 2, Shah Alam. Lebih tepat lagi di gerai no. 10 iaitu gerai Anika De'Fresh dengan harga RM2.50 setiap satu. Jangan risau lepas korang datang ke gerai ni, korang mesti rasa kagum dengan kepelbagaian minuman yang disediakan pada harga yang berpatutan. Selamat mencuba !!




Angah: Sekiranya korang ada tempat-tempat makan dan minum yang menarik di sekitar Shah Alam ni, boleh berkongsi dengan Angah kerana Angah ni pencinta wanita makanan best-best !!

Thursday, August 5, 2010

BARBEQUE DI RUMAH KAK JUE (RMI)


Seronok rasanya dapat berkumpul macam ni, makan-makan dan spend masa sama-sama. Walaupun Angah tidak lagi bekerja sebagai Skim Khidmat Pelajar kat RMI (Research Management Institute, UiTM), tetap juga dijemput, terharu rasanya. Terima kasih khas buat Kak Ju, Kak Lala and the geng. Barbecue tu memang happening, makanan best-best walaupun terlebih kertas hitam (black pepper). Cakap banyak pun tak guna, mari kita sama-sama usha gambar masa kejadian.


" Kak Lala & Adik Lala "


Masa ni memang ramai AJK makanan sampai tukang masak macam tarik muka sebab makanan tak sampai 2 minit je habis ditelan AJK makanan. Angah pun memang tak pandang dah kira kanan, ada makanan terus sambar. Kalau dapat buat karaoke ke, game ke, mesti lagi happening malam ni. Jadi silakan buat lagi.


" Angah bersama Adik Lala, Kak Juhara & Emma Tersot "


" Sibuk je "

Menu kali ni memang pelbagai termasuk la ayam bakar, udang bakar, otak-otak, tomyam, kerang bakar, dan banyak lagi rasanya. Program macam ni sangat bagus untuk hilangkan stres di tempat kerja dan juga sesuai dijadikan tempat perbincangan tak formal. Rasanya banyak juga perkara tempat kerja yang berbangkit pada masa kejadian.


" Barbecue Site: Masa Ni Tengah Bakar Otak-Otak "


" Sedap Giler Kot "


Kalau ada event lagi lepas ni, jangan lupa roger-roger Angah ye. InsyaAllah, akan spend masa yang lebih lama masa ni. Maaf terpaksa pulang awal sebab ada appointment lain masa tu. Walaupun sekejap, Angah rasa gembira sangat dapat hadir, dapat jumpa rakan-rakan seperjuangan satu ketika dahulu.


Angah: Pantang sekali kalau tengah makan, pastu orang nak ungkit-ungkit pasal makanan. Rasa nak campak makanan tu kat muka orang tu. The moral of the story, kalau dah tahu tak cukup, jangan la ajak.








Tuesday, August 3, 2010

WILLIAM CORNER KEDAI MAKAN KAT KELANA JAYA

Dah lama nak update tempat-tempat makan yang best, sekarang baru ada kesempatan. Kali ini Angah nak perkenalkan kedai William, Angah dah pergi sekali je kedai ni sebab makanan dia yang begitu mahal berbaloi dengan kuantiti makanan yang banyak. Mungkin kalau sesiapa bertandang ke kedai ni, daripada luaran, confirm la tak menarik, mari kita tengok view kedai ni, pastu bagi komen ok.. Hehe.. Ni gambar yang sempat diambil oleh Angah sendiri setelah sampai sambil-sambil tunggu makanan.


" View Hadapan Kedai William "


" View Hadapan Gak.. Belakang Tak Bagi Masuk "


Kalau sesiapa leh nampak menu yang Angah zoom kat bawah ni, boleh la buat-buat budget untuk pergi merasa tempat makan ni. Menu paling murah RM10.00, menu paling cikai la kata orang. Kedai ni ada menyediakan Nasi, Noodles, Western, Pizza dan Air yang meletup, fuhh tak sangka kan kedai cam ni boleh sediakan menu yang bertaraf 5 bintang tue.


" Menu Kedai William "


Ni dia orang di sebalik tabir yang memperkenalkan kedai yang mewah ni. Thank to him, kalau nak add ada je kat facebook, Fadzli Latiff.. Mari kita tengok, apa yang Angah dan Fadzli order kali ni.. Jom singkap..


" Pelanggan Yang Setia "


" Chicken Chop - Menu Fadzli "


" Nasi Goreng Ayam Pandan - Menu Angah "


" Air Soda Special - Menu Minuman Angah "


Makanan dia memang top, rasa dan kuantiti dia memang puas hati sebab tu harga dia mahal kot. Air Soda Special ni sekali tengok macam Aquarium, letak anak ikan pun cantik gak ni. Kat bawah dia ada daun pudina dan serai.. Amacam, pernah minum air serai tak?? Kalau nak rasa, datang la kat kedai ni atau pun kerat serai, buat sendiri.. Oklah, search kat google maps kalau nak tahu direction yang sebenar.


Angah: Kalau nak menghabiskan duit, banyak je tempat boleh pergi tapi kalau nak buat duit, memang la takde tempat nak dituju. Jadi lepas dah penat-penat kerja, simpan la sikit untuk masa hadapan.







Monday, July 26, 2010

BEST INVITATION LAGI THANK YOU NUFF

Angah menang tiket lagi yang di sponsor khas oleh Nuffnang. Kali ni dapat invitation untuk menonton tayangan pertama cerita "Salt" yang dibintangi oleh Angelina Jolie. Dapat 2 tiket lagi dan semestinya dalam dilemma, siapakah yang harus diajak dating kali nie. Takpelah macam biasa terpaksa la duduk 2 seat camni. Itu invitation yang pertama, invitation yang kedua oleh Nuffnang pulak ke LG Cookie Monster Party pada 24 July 2010 kat Neutral Club. Angah terpaksa tolak invitation ni sebab hanya single invitation so segan nak pergi sorang-sorang. Preparation untuk besok nak tengok citer Salt kat GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.




SALT, tengok preview sangat best movie nie, kalau sape2 blum tahu tentang movie ni, leh baca synopsis cite ni kat link ni. Untuk yang dapat invitation tu, boleh la jumpa kat sana ye. Ayat ni macam copy paste je dari post sebelum ni. Sesiapa yang free tu leh la message Angah ye, boleh pergi tengok sama-sama dengan Angah.


"Premiere Screening of Inception"


"2 Exclusive Free Ticket"

Gambar ni masa Angah pergi tengok movie Inception, invitation pertama. Satu tiket lagi diberikan kepada housemate, Hizami yang tidak mahu dikenali. Memang best citer ni, kalau 10 bintang, Angah kasi 9 bintang. Cerita ni confirm tak ngantuk walaupun movie ni panjang giler. Berbaloi untuk spend masa tengok movie ni. Pengalaman nak tengok movie nie kat Mid Valley memang mencabar, movie start kul 9.00 malam, Angah bertolak dari Shah Alam dari pukul 7.30mlm dan tersangkut dalam traffic jam, sampai je dah pukul 8.50 mlm, tinggal seat kat depan je.. Huhu.. Terpaksa la ambil.. Sampai rumah lebih kurang pukul 1.00 pagi. Hehe.. Nak tengok movie kat Mid Valley kena pergi awal-awal lain kali.


Angah: Berkawan dan bercinta kadang kala memberi kesan yang berbeza dalam pergaulan, kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri.







Wednesday, July 21, 2010

LUANGKAN MASA DENGAN SI CANTIK PERGI KARAOKE

Pada sabtu yang lepas 17hb July, Angah bangun dari tidur dan buzz seorang kawan, tak pasal-pasal ajak jalan-jalan. Angah selalunya ok je dengan sebarang pelawaan. Bersiap-siap terus on da way ke Puncak Alam. Senang sangat nak cari rumah diorang ni walaupun rumah diorang ni agak terpencil. Nak tahu siapa diorang ni, nanti Angah ceritakan. Setelah amik terus ke Jusco, Bukit Raja untuk makan tengah hari. Usha punya usha makanan kat food court tu adalah satu yang meyetuskan selera tekak ni.


" Nasi Goreng Ayam Barbeque "


Dalam gambar memang nampak sedap, bila dapat je macam hampeh, harganya RM15.00. Angah ni agak cerewet pulak pasal makanan ni padahal dah habis dah pun makanan tu. Kalau korang masuk kedai-kedai yang mahal ni, diorang cuma pentingkan appearance makanan tu je, rasa dan kuantiti nombor berapa entah.


" Sedapnya Makanan Ni, Sedapnye.. "

Kawan Angah sorang ni order makanan kat atas tu tapi tak boleh share ni. Sedih je tengok dia makan sorang-sorang. Takpe2, lain kali nak order makanan ni pulak. Lepas makan, bermula la aktiviti-aktiviti remaja gitu. Think !! Think !! Erm.. Pergi karaoke la.. Jom ~~ !!


" Dari Kanan: Atilah, Shah, Zuraida dan Iszaida "

Ni la dia orang nya, semuanya manis-manis belaka. Harap-harap Angah berjaya membuatkan diorang happy pada hari tu. Lepas ni plan nak gi genting plak dengan diorang ni. Bila lagi nak spend masa sama-sama kan sebab lepas ni semua susah nak jumpa dah. Okay, gambar-gambar lepas ni diambil semasa berkaraoke di Plaza Shah Alam, Selangor.


" Adik-adik Angah Ni Sumenya Layan Lagu-Lagu Jiwang "


" Empat Orang, Empat Ragamnya, Tapi Sume Sporting "


" Pasni Rindu La Kat Korang Sume "

Masa sungguh singkat, 32 lagu sudah habis didendangkan, tangan pun dah penat main basketball RM1.00 dan tukul besar. Hilangkan penat dengan menikmati makanan-makanan yang lazat di Kedai Telur Berlada Wan kat Kampung Kuantan. Pastu hantar diorang balik dan tamat sudah cerita hari tu.


Angah: Gembirakan hati yang tersayang semasa mereka masih hidup kerna bila mereka sudah pergi, waktu tidak dapat diputarkan semula untuk membuat mereka gembira.







Thursday, July 8, 2010

MALAM NI NAK TENGOK PREDATORS 2010

Kelas hari Sabtu je, jadi 6 hari lagi kena fokus buat research yang tiada kesudahannya. Macam mana nak hilangkan stres dalam kepala ni yang makin berat ni. Bila dah termenung jauh, ada pulak yang offer pergi tengok wayang malam ni cerita Preditor, hari ni movie ni release secara besar-besaran. Jangan jealous ye. Tepat pukul 10.30 cerita tu akan start. Banyak betul movie-movie best dalam masa terdekat ni, kalau la tak sabar, confirm bercurah-curah spend kat movie nie.



Dengar cerita kali ni jalan cerita berbeza sedikit sebab bukan predator dah yang datang ke bumi tapi manusia yang datang ke tempat predator. Agak mustahil la kan nak menang, seekor predator datang ke bumi, dah kucar kacir manusia dibuatnya, ni kan pulak pergi ke tempat predator, arwah la jawabnya. Oklah, lepas Angah dah tengok cerita ni, Angah akan cerita lagi supaya yang belum tengok tu akan geram2 ubi berisi nak pergi tengok. Oklah, nak siap2 dah ni.


Angah: Walaupun kita banyak menggunakan internet sebagai medium untuk berkomunikasi, tetapi ingat jangan dedahkan sebarang maklumat yang boleh menjatuhkan maruah, membahayakan dan merugikan diri sendiri.






BEST GILER DAPAT INVITATION THANK YOU NUFF

Angah sampai je kat rumah, buka laptop dan check email.. Check punya check, ada la satu 2 email dari nuffnang, satu email menerangkan cara-cara nak join LG cookies monster party, ingat kan dah leh join party tu. Tapi seingat Angah dah hantar dah submit dah permalink tu. Tak kisah la. Lagi satu email dapat invitation untuk menonton Premiere Screening of Inception pada 14 July 2010, Rabu, pukul 9.30 malam kat GSC Mid Valley, terus je balas email tu laju-laju sampai ke pokok sena. Tapi Angah ada 2 tiket ni, nak ajak siapa ea lagi sorang?? Fikir jap. Kawan ramai ni, GF takde, keluarga jauh, erm, duduk 2 seat la kalau camni.




INCEPTION, tengok preview sangat best movie nie, kalau sape2 blum tahu tentang movie ni, leh baca synopsis cite ni kat link ni. Untuk yang dapat invitation tu, boleh la jumpa kat sana ye. Nak berpantun sikit nie..


Burung Kedidi Begitu Sunyi,
Tiada Tempat Untuk Berlari
Perut Angah Dah Berbunyi,
Terpaksa la Angah Mengundur Diri.



Adui, tunggu apa lagi, jawab la, hehe.. Oklah bye..


Angah: Jangan hidup bersendirian kerana hidup ini memerlukan antara satu sama yang lain.







Saturday, July 3, 2010

KEDAI MAKAN WAN TELOR BERLADA

Angah nak perkenalkan kedai makan yang wajib pergi kalau singgah di area Shah Alam ni. Walaupun kedai ni tersasar sikit dari Shah Alam iaitu terletak di Kampung Kuantan, Klang tapi cuma 5 minit je perjalanan ke sana. Kedainya tak la mewah tapi makanan yang disediakan cukup sedap, banyak dan berpatutan. Gambar kat bawah ni menunjukkan rupa kedai dari arah hadapan. Banyak makanan yang sedap2 kat sini. Bila dah cuba baru la tahu betapa kicknya makanan kat sini.


" Kedai Wan Telor Berlada "


" Kawasan Operasi Kedai "


" Masjid Kampung Kuantan "


Kedai makan ni terletak bersebelahan dengan masjid dan memudahkan pengunjungnya untuk menunaikan kewajipan dan boleh la bertandang lebih lama di kedai ni. Sesuai datang pada bila-bila masa kelapangan. Asyik cakap pasal kedai je kan, mari tengok menu-menu yang selalu Angah order kalau datang ke Gerai Wan Berlada ni. Harga-harga tu mungkin lagi murah sebab ingat-ingat lupa. Yang Angah ingat bila order tomyam, memang tomyam la dia buat, memang terasa tomyamnya.


" Sup Tulang - 5 ketul tulang selalunya "


" Telur Dadar - Ada rasa tersendiri "


" Paprik Campur - Memang sedap sangat "


" Jus Mangga - betul-betul blend mangga "


" Sotong Goreng Tepung "


" Tomyam Campur "


" Paru Black Pepper - Menu istimewa ni "


" Ayam Masak Halia "


Tu je la menu yang Angah leh share sebab takkan Angah nak order semua kan. Tapi semua makanan kat situ ada rasanya yang tersendiri. Jangan lupa kalau bertandang ke Shah Alam, pergi la ke kedai ni. Memang puas hati, gerenti sedap dan murah !!


" Lokasi Kedai Makan Wan Telur Berlada "



Angah: Sesiapa nak share kedai makan yang best kat area Shah Alam, amat la dialu-alukan sebab Angah ni suka makan, nak tahu juga kedai mana yang best.






Thursday, July 1, 2010

BUAH DURIAN RAJA SEGALA BUAH-BUAHAN


Untuk melepaskan geram terhadap buah kegemaran Angah ni, sanggup keluarkan RM10.00 untuk tiga biji durian ni. Hari tu balik kampung hanya leh makan jagung je, pokok durian pula merajuk tak nak berbuah, jadi ambil keputusan beli je. Hari tu ada juga tengok orang jual durian tapi mahal sekilo RM5.50. Dah la sebiji durian berkilo-kilo beratnya, isi kat dalam belum tentu ok lagi.


Tak sabar lepas beli terus buat balik umah dan buka la durian ni, lagi best Angah duduk sorang-sorang kat umah, jadi tak perlu la nak kongsi dengan sape-sape. Jadi mari tengok isi durian ni, sedap ke tak nie. Makan seulas dulu lah nak rasa kan. Perghhh... Buka sume, buka sume.


" Durian pertama tewas di tangan Angah "


" Kalau seulas macam ni orang kata kucing tidur namanya "


Berbaloi tak beli RM10.00 dapat sepinggan macam kat bawah ni. Maaf la kalau kawan-kawan hanya dapat tengok je, kalau boleh letak bau durian ni, nak je upload kat blog nie. Memang puas betul makan malam itu dengan suasana yang tenang dan mendamaikan. Lepas makan durian banyak macam ni, terpaksa la terima kalau badan panas kan.


" Semua ni dah habis dah "



Saje je nak zoom durian ni supaya yang baca post ni semuanya terliur dan pergi beli durian cepat-cepat. Rugi kalau tak makan raja buah ni, cuma harus la sedar diri kalau makan jangan sampai memudaratkan kesihatan ye. Sesiapa nak belanja Angah makan durian, boleh call ye.



Angah: Ni buah kegemaran, memang tak berhenti kalau makan, sedar-sedar semua buah durian dah habis, baru stop makan.







Monday, June 28, 2010

BALIK KAMPUNG !! KAMPUNG JAWI-JAWI, BENTONG, PAHANG

Bila tengok kat TV, jualan durian di sana-sini, terus teringat kat kampung mana la tahu musim durian kat kampung juga. Tapi segan la nak tanya, nampak sangat balik kampung sebab nak durian je, haha. Jadi bersama-sama Angah, Fazliana, Saloma, dan Aida bertolak dalam pukul 7.00 pagi hari Sabtu menuju destinasi. Gambar-gambar semasa perjalanan tak dapat nak ambil sebab asyik sesat je walaupun jalannya macam familiar. Sampai je kat kampung, terus bergambar, semasa hari masih siang.



Bagaikan langkah kanan, kami semua dijemput menghadiri satu kenduri perkahwinan yang berlangsung di kampung Angah. Walaupun tak sempat nak mengenali pasangan mempelai, tapi makanan yang disediakan amat sedap dan menyelerakan. Semangat kejiranan terserlah kerana penduduk kampung bergotong-royong menguruskan majllis perkahwinan tersebut.



Cantik bakul ni yang diperbuat daripada surat khabar yang sungguh kreatif, tapi Angah tak dapat, diorang bertiga je yang dapat. Sesudah puas menjamu selera, pulang ke rumah, rehat kejap ambil tenaga untuk buat aktiviti seterusnya iaitu melawat-lawat sekitar kampung. Mari lihat view-view cantik di kampung Angah ni.


" Pemandangan Sungai Triang "


" Daun Pokok Tua Yang Melitupi Langit "


" Inilah Style Kami "


" Janji Kami Tersemat Di Sini "


" Rugi Tak Bawah Baju Lebih Kan "


" Nilai Sendiri Betapa Cantiknya Pokok Tua Ini "


" Jom Panjat Pokok Ni "


Penat-penat bergambar-gambar di sekitar Sungai Triang ni, kami terserempak dengan bakal-bakal model, sempat la tangkap gambar diorang untuk kenang-kenangan. Mari Angah kenalkan model-model yang baru merangkak naik ni.


" Khalid Si Pencinta Wanita "


" Fazliana Si Wanita Cilik Rupawan "


" Aida Si Gadis Peniaga Berjaya "


" Saloma Si Gadis Bersuara Lunak "



Setelah penat bergambar sepuas-puasnya, kami pulang ke rumah dengan harapan yang menggunung dapat merasa durian kampung yang lazat. Tapi apakan daya bukan musim durian la kat kampung Angah, kelukaan kami diubati dengan rasa enak jagung rebus yang baru dipetak dari ladang. Tengok la warna kekuningan jagung ni buat kami lupakan durian buat sementara.



Sebelum bertolak pulang, kami menghabiskan masa yang singkat dengan makan malam bersama keluarga Angah di kampung. Kami disajikan dengan makanan seperti Ayam Masak Lemak, Sayur Labu Goreng, Telur Dadar Ala Kampung, Tempoyak Enak + Sambal Ikan Bilis, Buah Tembikai + Buah Mempelam, Sup Ayam Kampung dan Air Teh Cina.



Memang seronok jalan-jalan kali ini, diharap lepas ni diorang ni Fazliana, Saloma, dan Aida boleh la bawak Angah berjalan-jalan kampung masing-masing. Nak rasa juga kehidupan di kampung orang dan melihat keindahan kampung masing-masing. Sampai di sini sahaja coretan Angah buat kali ini.


Angah: Sekali sekala pulang ke kampung dapat melepaskan stres yang ditanggung semasa di bandar. Hargai kampung masing-masing kerana keindahan kampung ada kelainannya.









VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..