Bila tengok kat TV, jualan durian di sana-sini, terus teringat kat kampung mana la tahu musim durian kat kampung juga. Tapi segan la nak tanya, nampak sangat balik kampung sebab nak durian je, haha. Jadi bersama-sama Angah, Fazliana, Saloma, dan Aida bertolak dalam pukul 7.00 pagi hari Sabtu menuju destinasi. Gambar-gambar semasa perjalanan tak dapat nak ambil sebab asyik sesat je walaupun jalannya macam familiar. Sampai je kat kampung, terus bergambar, semasa hari masih siang.
Bagaikan langkah kanan, kami semua dijemput menghadiri satu kenduri perkahwinan yang berlangsung di kampung Angah. Walaupun tak sempat nak mengenali pasangan mempelai, tapi makanan yang disediakan amat sedap dan menyelerakan. Semangat kejiranan terserlah kerana penduduk kampung bergotong-royong menguruskan majllis perkahwinan tersebut.
Cantik bakul ni yang diperbuat daripada surat khabar yang sungguh kreatif, tapi Angah tak dapat, diorang bertiga je yang dapat. Sesudah puas menjamu selera, pulang ke rumah, rehat kejap ambil tenaga untuk buat aktiviti seterusnya iaitu melawat-lawat sekitar kampung. Mari lihat view-view cantik di kampung Angah ni.
" Jom Panjat Pokok Ni "
Penat-penat bergambar-gambar di sekitar Sungai Triang ni, kami terserempak dengan bakal-bakal model, sempat la tangkap gambar diorang untuk kenang-kenangan. Mari Angah kenalkan model-model yang baru merangkak naik ni.
Setelah penat bergambar sepuas-puasnya, kami pulang ke rumah dengan harapan yang menggunung dapat merasa durian kampung yang lazat. Tapi apakan daya bukan musim durian la kat kampung Angah, kelukaan kami diubati dengan rasa enak jagung rebus yang baru dipetak dari ladang. Tengok la warna kekuningan jagung ni buat kami lupakan durian buat sementara.
Sebelum bertolak pulang, kami menghabiskan masa yang singkat dengan makan malam bersama keluarga Angah di kampung. Kami disajikan dengan makanan seperti Ayam Masak Lemak, Sayur Labu Goreng, Telur Dadar Ala Kampung, Tempoyak Enak + Sambal Ikan Bilis, Buah Tembikai + Buah Mempelam, Sup Ayam Kampung dan Air Teh Cina.
Memang seronok jalan-jalan kali ini, diharap lepas ni diorang ni Fazliana, Saloma, dan Aida boleh la bawak Angah berjalan-jalan kampung masing-masing. Nak rasa juga kehidupan di kampung orang dan melihat keindahan kampung masing-masing. Sampai di sini sahaja coretan Angah buat kali ini.
Angah: Sekali sekala pulang ke kampung dapat melepaskan stres yang ditanggung semasa di bandar. Hargai kampung masing-masing kerana keindahan kampung ada kelainannya.
Angah: Sekali sekala pulang ke kampung dapat melepaskan stres yang ditanggung semasa di bandar. Hargai kampung masing-masing kerana keindahan kampung ada kelainannya.
5 comments:
khalid si pencinta wanita... :D
CikFia jangan salah faham ye, orang single memang macam tu, tapi kalau dah berpunya pencinta seorang je la.
gamba-gamba model itu sgt style okey :)
terkenang saat manis nie...x dpt d lupakan bersama kwn2..thnks to Angah sbb bwa kitaorg..heheheh..
Nama pun BFF, mestilah bawak !!
Post a Comment