Wednesday, September 14, 2011

COLOMBIANA 2011 & FINAL DESTINATION 5

COLOMBIANA 2011

Minggu lepas 11 September 2011, Angah pergi tengok cerita Colombiana, cerita ni memang best, cuma ada aksi-aksi yang tidak logik kekadang buat cerita ini jadi mengarut.  Tapi overall cerita ni memang best, kalau ditanya berbaloi tak tengok cerita ni, Angah mesti jawab "Mesti Tengok".

Cerita ni berkenaan seorang budak perempuan yang menjadi saksi pembunuhan kedua orang tuanya dihadapannya di Bogota dan dia dibesarkan di dalam kumpulan mafia.  Dia bercita-cita menjadi seorang pembunuh yang kejam untuk membalas dendam terhadap pembunuh kedua ibu bapanya.  Kemuncak cerita, seluruh keluarga dan saudara-maranya dibunuh menyebabkan dia terus membunuh ketua mafia yang dilindungi CIA.

Moral of the story:  Dendam tidak menyelesaikan masalah malah menimbulkan lagi masalah.  Orang lain akan turut menjadi mangsa.




FINAL DESTINATION 5

Sehari sebelum tengok cerita kat atas tu, Angah beli tiket untuk menonton Final Destination 5.  Cerita ni memang menarik minat Angah dari dulu lagi, jadi tanpa berfikir panjang, terus je beli tiket nie.  Selepas menonton movie ni, apa yang Angah leh cakap, makin mengarut.

Kematian yang tidak logik, jalan cerita yang kurang berkesan, dan rugi kalau bayar RM14.00 untuk tengok cerita ni.  Baik simpan tengok "THE SMURF" lagi bagus, eh terpromote cerita ni pulak.  Mungkin ada pendapat sebaliknya dan ini cuma pandangan Angah yang tiada bakat seni pun.

Moral of the story:  Ingat mati ye kawan-kawan!!

No comments:

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..