Sunday, September 18, 2011

MERCUN 138 SHOTS (FIREWORK)

Hari ni Angah nak share sikit pengalaman berkenaan main mercun ni.  Main mercun memang bahaya tetapi haruslah berwaspada.  Kalau boleh janganlah main mercun-mercun ni mahupun yang sekecil-kecil alam atau sebesar-besar alam.  Ni mercun yang paling besar pernah Angah tengok, macam-macam nama untuk mercun ni, tapi Angah panggil 138 shots firework.  Harga pasaran mercun ni di antara RM160.00 - RM420.00, harga ni mengikut penjual.  Kalau diikutkan harganya, agak-agak berbaloi tidak? Rakaman ni Angah buat untuk memberi gambaran kepada semua sebelum membuat keputusan untuk membeli mercun ni.  Sebelum anda semua bakar duit mari tengok apa mercun ni boleh buat.




Apa?? Beratus-ratus harga mercun ni tapi tak sampai seminit dah habis.  Untuk pengetahuan semua, rakaman ini dibuat sehari sebelum hari Raya Aidilfitri tahun 2011.  Kalau ada sesiapa yang lepas tengok video ni tapi masih lagi nak beli, terpulanglah.  Siapa lah Angah nak menghalang.  Angah ada satu lagi video mercun ni yang hanya sekali je meletup, mercun ni pun harga dia RM15.00 - RM50.00.  Angah main agak je harga nya.  Mari tengok apa mercun satu ni leh buat.



Di dalam keseronokan bermain mercun, pastikan keselamatan diutamakan. Jangan nak bergembira tapi berakhir dengan kesedihan.  Ingat tu pesan Angah.  Terima kasih kerana membaca entry ni dan tonton video kali ni.  Jumpa lagi.

1 comment:

aliza said...

seronok kan main tapi hati2 lae,.. akak bawa anak p tengok je time nak merdeka ke, time raya ke.. keliling taman perumahan pas tu anak tido akak pun tido zzzz

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..