Thursday, March 31, 2011

SANG API BERMAHARAJALELA

Pernah terperangkap dalam kebakaran? Pengalaman pertama Angah hadapi kebakaran yang berlaku hanya sebelah rumah. Masa tu pukul 10 pagi, kedengaran orang menjerit "api" "api", lantas bangun dan intai di tingkap nampak api dalam rumah kat sebelah, tak sampai 10 minit, rumah ni dah hangus, masa hangus je leh ambil gambar sebab masa kebakaran sibuk bantu memadamkan api. Kebakaran berlaku akibat litar pintas kerana ada wayar yang terdedah.


Rumah kat sebelah tu berjaya diselamatkan penduduk kampung


Dua buah rumah kayu dijilat api


Hanya berjaya menyelamatkan seekor kucing daripada terbakar



Rumah Angah tersangat dekat, mujur angin tidak kuat dan alhamdullillah tiada korban semasa kebakaran ini. Moral of the story, sebelum meninggalkan rumah, pastikan elektrik ditutup kerana kayu amat mudah disambar api. Selepas kejadian ini, Angah terus berpindah rumah ke tempat yang lebih selamat. Eh lupa nak bagitau, kejadian ni berlaku di Padang Jawa sebelah KTM Padang Jawa. Angah harap semua yang terlibat mengambil iktibar dalam kejadian yang berlaku.




Angah: Pastikan anda melatih keluarga anda tentang perkara yang harus dilakukan semasa kebakaran seperti laluan kecemasan, tempat berkumpul dan alat-alat pemadam sekiranya ada kerana latihan seperti ini dapat meyelamatkan keluarga sekiranya berlaku kebakaran.

2 comments:

Cik Fia said...

kena wat seminar pasal ni kan..

Khalid Amin said...

Itulah, kemalangan tidak berbau, kelalaian sikit boleh jadi punca.

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..