Thursday, September 2, 2010

LAMPU MERAH PUNCA BIASA KEMALANGAN


Lepas sekian lama Angah sepi tanpa internet, hari ni Angah dapat update blog kerana rumah Angah dah ada balik sambungan internet. Kali ni, Angah nak berkongsi sikit pasal kesedaran di jalan raya lepas satu kejadian yang tidak diduga berlaku di depan Angah. Kemalangan yang berlaku kerana kesedaran yang kurang di kalangan pemandu-pemandu masa kini. Lampu isyarat ada tiga warna yang masing-masing mempunyai maknanya yang tersendiri. Angah nak tekankan dekat sini warna merah adalah tanda "BERHENTI", jadi tak salah kalau kita berhenti dan menunggu lampu hijau. Kalau difikirkan, kalau la kita langgar lampu merah, kita akan sampai awal ke destinasi dalam 5 hingga 6 minit, tetapi berbaloikah kalau sampai awal sehingga mempertaruhkan nyawa yang tidak ternilai. Bak kata orang, kalau kita sampai lambat sejam pun, kita mungkin boleh hidup 20 tahun atau lebih lama lagi.



Kejadian dalam gambar ni berlaku kat lampu isyarat dekat Unisel, Shah Alam. Masa tu Angah tengah tunggu lampu hijau, tetiba kereta sama cam Angah tu tapi warna je lain terus je jalan tanpa menghiraukan lampu merah. Sekelip mata je, berdentum bunyinya seolah-olah tidak berbaloi sungguh tindakan pemandu perempuan itu. Angah terus insaf dan memandu penuh berhemah seminggu lepas tu. Mungkin ada yang tak nampak gambar kat atas tu, jadi Angah zoom ke arah kereta yang remuk tu, nasib baik tiada kematian yang direkodkan.



Jadi apa moral yang ingin Angah sampaikan kat sini. Lampu merah direka khas untuk memberi panduan kepada pemandu demi kebaikan bersama. Bila lampu merah, pastikan berhenti walaupun tiada kenderaan pada masa tu. Oklah, jadikan kisah ini teladan supaya kita tak jadi macam ni.


Angah: Memandu ibarat meletak nyawa pemandu dan penumpang di hujung tanduk, kalau tersilap langkah boleh mengundang maut. Memandu berhemah amalan bersama.

4 comments:

Safiah Ibrahim said...

klu kul 3 pg.line clear. blh lggr lmpu merah kan

Khalid Amin said...

Clear tak clear tu bukan ukuran, yang penting bila lampu merah kena berhenti.. Hehe..

Safiah Ibrahim said...

nak langgar gak.. :p

Khalid Amin said...

:P

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..