Monday, June 21, 2010

ANUGERAH PALING BERNILAI
PENGLIHATAN

Dalam sedar atau tidak, banyak nikmat yang tidak kita sedari sedang kita nikmati hari-hari dalam menjalani kehidupan indah ini. Salah satunya adalah nikmat penglihatan. Dengan dibekalkan sepasang mata, kita dapat menikmati dan melihat perkara-perkara indah. Angah bersyukur dengan nikmat-nikmat yang dikurnia, begitu juga dengan awak kan. Angah ada bela ikan kat rumah ni, baru perasan ada ikan sudah kehilangan kedua-dua matanya tetapi ikan itu masih hidup. Mata ikan ni kena makan dengan ikan lain yang agak liar. Ikan buta ini menginsafkan Angah kerana sejak kehilangan matanya, ikan ini asyik langgar dinding akuarium, tidak makan dan menangis cuma tak nampak la kesedihan ikan ni.



Gambar ni diambil semasa ikan itu masih hidup dan menunjukkan mata sebelah kanan sudah tiada. Tak dapat bayangkan perasaan ikan ni semasa ikan lain merentap matanya ketika ikan ini masih bernyawa. Ikan emas ni kesayangan teman rumah Angah.



Nampak tak mata sebelah kiri pun sudah hilang. Tak sampai hati dengan penganiayaan ke atas ikan ni, jadi Angah buang ikan-ikan yang jahat tadi ke dalam longkang berhampiran, dah bagi makan pun nak menganiaya ikan ni. Jahat sungguh !! Kawan-kawan jangan curi mata orang ea, nanti Angah buang dalam longkang.


Angah: Nak bela ikan pun kena ada ilmu supaya ikan-ikan dapat merasakan kehidupan dalam akuarium seakan-akan sama dengan dunianya yang sebenar. Angah belajar dari kesilapan.




5 comments:

Safiah Ibrahim said...

walau sy rabun, sy cukup bersyukur
penglihatan itu satu anugerah..!

Khalid Amin said...

Tak kisah penglihatan kita macam mana pun, yang penting kita sama2 menjaganya dengan baik ye..

Safiah Ibrahim said...

ye.. saya sukur..
sgt.
ada mata yg shantekk
:D
**rabun itu boleh diubati.

Anonymous said...

ikan emas nie hidup lagi tak angah? waaa... hebat ikan emas nie!

Khalid Amin said...

CikFia, mata awak memang cantik.. :)
Esoniey, Ikan Emas ni tak makan 5 hari dah, jadi dah dikebumikan..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..