Tuesday, May 25, 2010

IKUT RASA BINASA
IKUT HATI MATI


S
alam semua, Angah nak ingatkan kepada semua satu kiasan yang selalu digunakan di atas. Ada sesiapa yang setuju dengan kiasan ini? Bagi pendapat Angah, kiasan tu amat menepati kisah-kisah Angah yang lepas. Setiap orang ada hati dan perasaan masing-masing kan. Jadi sendiri buat pilihan yang mana betul dan yang mana salah. Di sini Angah nak tekankan kepada pembaca-pembaca di luar sana, terutama yang tersayang supaya jangan terlalu mengikut hati dan perasaan semata-mata supaya tidak menyesal dalam membuat keputusan. Ambil masa dan sentiasa berdoa agar keputusan yang dibuat adalah yang terbaik. Mengangkat tangan dalam berdoa merupakan etika yang paling agung dan memiliki keutamaan mulia serta penyebab terkabulnya doa.




"Artinya: Sesungguhnya Tuhan kalian Maha Hidup lagi Maha Mulia, Dia malu dari hamba-Nya yang mengangkat kedua tan
gannya (meminta-Nya) dikembalikan dalam keadaan kosong tidak mendapat apa-apa". Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu.






Kita semua ada 24 jam sehari, gunakan sebaiknya!!


Kadang-kadang Angah membuat keputusan pun mengikut kata hati dan perasaan sendiri dan tidak mengendahkan orang lain. Tak kisah lah dari segi percintaan, persahabatan, atau pun pengurusan kewangan, lepas tu mula la Angah nak menyesal dan selalu bagi peringatan pada diri sendiri dan kawan-kawan sekeliling agar ambil masa dalam buat keputusan. Ingat tau kawan-kawan. Ada sesiapa yang tertanya-tanya kenapa Angah meyebut percintaan (pertama sekali) pada ayat kat atas?? Angah selalu menghadapi masalah PERCINTAAN, takde jalan penyelesaian sehinggakan beruban kepala difikirkan. Oklah, sampai di sini sahaja kali ini.


Kongsi Pengalaman: Dahulu Angah suka makan, setiap masa ada je makanan yang hendak di kunyah, ikut selera la katakan, sampai tak sedar berat dah 76 kilogram. Bila buat pemeriksaan kesihatan, terlebih berat la pulak. Jadi makan jangan tak makan, tapi jangan makan mengikut selera sahaja, fikirkan juga kesihatan diri ye!!





6 comments:

Anonymous said...

hi angah!

ape pendapat tentang JusMate 5? mana satu lebih efektif; JusMate 5 atau berpuasa?

thanks.

Khalid Amin said...

Hi Esoneniey!!

Pada pendapat Angah, JusMate 5 ni berkesan tetapi berpuasa adalah yang paling efektif kerana menjadi amalan Nabi kita. Berpuasa juga sekaligus menguruskan nafsu & amarah kita..

R.O.H said...

so ape lagi wani pose jgn tak pose.... bln pose pon dh nk dekat dh ni..

Khalid Amin said...

Angah nak join wani puasa la camni.. R.O.H pun dijemput join sekaki.

R.O.H said...

jom2 pose bln rejab and syaaban ni elok gak en?

Khalid Amin said...

Mari2, kita ajak sekali semua reader2 beramal di bulan ni.. Banyak keberkatan ni..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..