Friday, May 28, 2010

PEREMPUAN DAN LELAKI
ADA PERBEZAANNYA


Mari Angah buktikan dengan menggunakan satu gambarajah di bawah ini. Apa yang kawan-kawan dapat lihat?? Apa yang dilihat oleh kebanyakan lelaki dan wanita adalah berbeza. Cuba lihat dan buat tafsiran selama 10 saat dan baca analisa di bawah.



Kebanyakan lelaki akan melihat gambarajah di atas hanyalah bongkah-bongkah hitam yang berlainan bentuk kerana pandangan lelaki adalah tidak luas. Pandangan kebanyakan wanita adalah lebih luas kerana mereka melihat warna putih dan dapat membaca perkataan FLY dengan mudah. Menakjubkan kejadian tuhan yang menjadikan lelaki dan wanita berbeza pandangannya!!


SEGMEN MENGENALI WANITA
STRES DAN TEKANAN


S
ekiranya stres atau tekanan berlaku, kebolehan logik otak utama seorang lelaki akan berfungsi. Seorang wanita pula kebolehan bercakapnya akan berfungsi dan wanita akan mula bercakap, selalunya tidak berhenti. Jika wanita stres, wanita akan bercakap, bercakap dan bercakap dengan sesiapa sahaja yang sanggup mendengar. Wanita boleh bercakap tentang masalah mereka berjam-jam lamanya, menceritakan segalanya secara terperinci. Wanita akan bercakap tentang masalah terkini, masalah yang lepas, masalah yang mungkin timbul dan masalah yang tiada jalan penyelesaian. Semasa percakapan mereka, tiada jalan penyelesaian di cari dan mereka akan merasa selesa dengan percakapan mereka. Percakapan wanita ini selalunya tidak tersusun dan beberapa topik boleh dibincang dalam satu masa tanpa sebarang jalan penyelesaian dicapai.





Bagi seorang wanita, berkongsi masalah dengan kawan-kawannya adalah satu simbol kepercayaan dan perhubungan.







Bagi seorang lelaki, mendengar wanita bercerita masalah mereka adalah satu beban kerana lelaki merasakan dia harus menyelesaikan setiap masalah yang ditimbulkan semasa percakapan wanita tersebut. Lelaki tidak hanya mahu bercakap tetapi mahu melakukan sesuatu terhadap masalah itu. Lelaki akan memotong percakapan mereka dan bertanya apa yang cuba kamu sampaikan. Kesimpulannya ialah tidak perlu ada apa-apa kesimpulan. Satu pengajaran yang berharga ialah seorang lelaki harus belajar untuk mendengar percakapan dan membaca gerak geri badan wanita itu tanpa memberikan sebarang jalan penyelesaian. Bagi seorang lelaki, ini amat janggal kerana lelaki hanya bercakap apabila ada jalan penyelesaian untuk dicadangkan.





Apabila kita berdepan dengan wanita yang kecewa, jangan cadangkan apa-apa jalan penyelesaian dan menyinggung perasaan mereka, cukup untuk tunjukkan bahawa kita sudi mendengar percakapan mereka.





Senyuman mereka akan terpancar apabila mereka gembira


Apabila seorang wanita itu tidak menerima jalan penyelesaian yang dicadangkan, lelaki akan cuba untuk mengurangkan percakapan wanita itu dengan berkata, "Tiada masalah sebenarnya," "Perasaan awak saja," "Lupakan sahaja masalah itu", atau "Tak lah teruk sangat masalah tu". Ini akan mengecewakan wanita kerana mereka akan berfikir lelaki tidak kisah padanya kerana tidak sudi mendengar.


Kongsi Pengalaman: Angah suka dengar kawan-kawan luahkan perasaan terutama sipulan tu walaupun Angah hanya mendengar dan memberikan senyuman yang paling manis yang Angah ada.



4 comments:

esoneniey said...

sekarang baru nampak that word obviously
mungkin yang semalam Angah tunjuk tue tak jelas..
plus, guna camera so nampak kabur...

Khalid Amin said...

Bagus, pandangan wanita memang mudah nak detect word tu.. Angah pun tak nampak sbb hormon lelaki menguasai.. Haha....

esoneniey said...

sape yang pakai baju hitam dalam pic tue angah?
adik angah ke?

Khalid Amin said...

Haah, harus la adik, siapa lagi.. Tapi sori, adik Angah ni dah berpunya..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..