Sunday, May 23, 2010

DIET MENGGUNAKAN
KAEDAH PSIKOLOGI


S
alam kepada semua, memandangkan saya adalah anak kedua daripada tiga orang adik beradik, saya akan bahasakan diri saya sebagai "ANGAH". Hari ni Angah nak bercerita tentang diet di mana Angah pun selalu menghadapi masalah ini.



Sesiapa pun sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk menghadiri rawatan pelangsingan dan membeli pil-pil pelangsing tetapi akhirnya tidak mampu mendapatkan bentuk tubuh ideal jika tiada disiplin yang kuat. Perlu diingat, biarpun kita mengambil pil tidak bermakna kita boleh makan sesuka hati. Jika tidak, ia tidak memberi sebarang makna kepada anda.





Rata-rata wanita menginginkan badan tampil langsing dan menawan di pandangan mata lelaki. Tidak kiralah sama ada bagi wanita berkahwin atau tidak, mereka mahu kelihatan yang terbaik di hadapan suami tercinta. Wanita bimbang apabila suami mula mengadu tentang tubuh mereka.

Tanpa disedari, rupa-rupanya secara psikologi kita mampu menurunkan berat badan seperti yang kita inginkan (Tuan Haji Hushim Salleh, Perunding Motivasi & Kaunseling). Wanita mampu kurus dan langsing dengan inisiatif sendiri tanpa bergantung kepada ubat-ubatan dan sebagainya. Wujud empat teras utama dalam diet secara psikologi iaitu psikologi, mind setting (muhasabah diri), disiplin dan sistem kepercayaan.


An apple a day, keep the doctor away!!

Pendek kata, kalau saudara saudari nak kurus, yang pertama tanamkan niat yang bersungguh-sungguh dalam hati dan minda, seterusnya disiplin dan sistem kepercayaan pada diri harus berterusan. Jangan pula bila nampak makanan yang sedap, lain pula jadinya. Tekad untuk mengikut jadual diet dan mengamalkannya setiap hari. Satu lagi masalah yang selalu dihadapi iaitu diejek ketika berdiet, tekadkan di hati anda harus diet, ok!! Tiada insan yang mampu lumpuhkan impian itu. Akhir sekali, kita harus mempunyai pengetahuan tentang pemakanan seimbang dan diet yang betul, tak kan nak membuta tuli diet, nanti tak cukup zat pulak. Selamat diet SEMUA!!

Kongsi Pengalaman: Angah berjaya kurang 6kg berat badan dalam masa 3 minggu hasil daripada diet yang seimbang dan berterusan.





3 comments:

cactaceous opuntia said...

bgi la tips cket...mcm mne bley kurang dlm mse 3mggu...ape yg anda mkn?

cik fia said...

patut menten je.. pandai jaga badan
^_^

Khalid Amin said...

Terima kasih jadi 1st follower. Tips?? Angah nak cakap kat sini segan la. Angah amalkan makanan yang seimbang, yang penting nasi semangkuk sahaja sehari ye.

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..