Saturday, October 30, 2010

TAK ABIS-ABIS CERITA KEMALANGAN BAS


29 Oktober 2010: Lagi-lagi kemalangan bas. Kemalangan Bas telah berlaku di Lebuhraya Karak pada pukul 7.51pm tadi. Bas yang membawa 44 orang pelatih dari Pusat Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah dalam perjalanan pulang dari Genting Highland. Setakat ini 38 orang masih lagi terselamat termasuk pemandu dan pembantu bas berkenaan. Manakala mangsa yang meninggal, mati di tempat kejadian.



Angah berdoa agar roh-roh mereka yang meninggal dirahmati. Kepercayaan Angah terhadap perkhidmatan bas semakin berkurangan. Angah nak nasihati para penumpang, kalau tak mahu terlibat dalam kemalangan macam ni, semasa naik bas, bagi ingatan kepada pemandu bas tu supaya berhati-hati, sekurang-kurangnya kalau 40 orang penumpang berbuat demikian, pemandu akan memandu dengan lebih berhati-hati, insyaAllah. Lagi satu, penumpang jangan tidur sepanjang perjalanan kerana sekurangnya apabila berlaku kemalangan, anda telah bersedia. Anda juga mata dan telinga bagi penguatkuasa selepas berlaku kemalangan. Berhati-hati semua !!

2 comments:

Safiah Ibrahim said...

takot.. meninggal tetibe..

Khalid Amin said...

Hati-hati ye, walaupun dalam bas.. Ingat tue..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..