Blog ni dah terbiar dah, hehe dan alasan paling ketara ialah kepala ni dah takde idea untuk mencoret cerita kat blog ni. Bila semester baru ni buka, daya ingatan makin lemah sebab mungkin selalu tidur lambat ni. Atau pun tak asah otak ni selalu. Kena asah ni, saper2 ada batu asah, pinjam kejap!!
" Ni Psyduck, Pokemon Kegemaran "
Psyduck ni pun membawa watak blur dan lost 24 jam tapi ada kuasa yang tak tertandingi. Nak jadi psyduck la kalau camni. Siapa ada pokemon battle, leh battle ngan psyduck Angah ni. Ok, bila ingatan dah makin lemah, sesuatu harus dilakukan. Ingatan boleh menjadi kuat dengan mendapat tidur secukupnya, kerap membaca Al-Quran, dan sentiasa berfikir apa-apa topik yang berfaedah seperti kejadian Alam. Itu yang Angah selalu buat kalau buntu dan blur cam sekarang.
Angah: Sentiasa buat pilihan yang terbaik di antara pilihan-pilihan yang ada dan tidak meragui pilihan itu walaupun menemui jalan yang buntu kerana pilihan lain masih menunggu untuk dipilih.
No comments:
Post a Comment