Wednesday, June 23, 2010

BLACBERRY SUSAH NAK BUAT PILIHAN?

Ramai yang masih tertanya-tanya mana satu yang patut jadi pilihan kan. Kalau la Angah diberi pilihan untuk memilih antara dua alat komunikasi ni, tentulah Angah pilih BLACKBERRY. Angah ada terbaca banyak artikel tentang kelebihan blackberry dan iphones dan nak berkongsi la dengan sesiapa yang minat devices ni. Yang mana satu pilihan awak, yang penting lihat kemampuan diri sendiri ye, jangan sampai miskin kalau dah terbeli satu ni.



KELEBIHAN BLACKBERRY


  • Blackberry mempunyai kelainan dari segi operating system (OS) iaitu berasaskan Java buatan RIM yang direka sendiri oleh pengeluar Blackberry.
  • Blackberry dapat mengetahui setiap emel yang masuk seperti menerima sms.
  • Blackberry berupaya mengecilkan saiz email yang diterima seperti contoh 1000kb email menjadi 10kb sahaja.
  • Blackberry boleh menyimpan lebih daripada 1000 emel pada satu masa.
  • Blackberry amat sesuai jika anda seorang usahawan yang perlu berhubung dengan pelanggan pada waktu dan masa yang tepat.



KELEBIHAN IPHONES

  • Iphone dilengkapi dengan skrin sesentuh yang berevolusi tinggi berbanding telefon bimbit biasa.
  • Iphone mempunyai layar yang besar dan kualiti gambar yang tinggi yang menarik minat pembeli.
  • Iphone mampu menonjolkan gaya bagi golongan muda untuk menampilkan rekaan moden dan kontemporari selaras dengan misi Apple yang mementingkan produk mereka kelihatan prestij.

Kepada yang dah ada Blackberry, Angah nak kasi Tip Penjagaan Bateri Blackberry:
  1. Jangan mengecas bateri terlalu lama sehingga lebih tiga jam. Jika berlaku overload, bateri akan mudah bocor membuatkan ia cepat rosak.
  2. Atur blacklight sesuai dengan keupayaan. Jika menggunakan blacklight yang terlampau terang, bateri akan cepat lemah.
  3. Hadkan penggunaan messengers dan multi media.
  4. Sentiasa sediakan charger kereta atau travel charger jika sentiasa bekerja di luar kawasan.
Sumber: Suziana Che Wil



Angah:
Seronok kalau ada satu dari device ni, kena simpan duit dulu. Sesiapa yang ada dua tu, bagilah kat Angah satu. Amat menghargai pemberian itu.







No comments:

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..