Sunday, June 27, 2010

BELA KAMBING MEMANG MENGUNTUNGKAN

Sabtu yang lalu 26hb Jun 2010, Angah pulang ke kampung di Bentong, Pahang untuk menikmati pemandangan kampung setelah stres di Shah Alam ni dengan banyak benda. Kat kampung Angah ni ada la perusahaan perternakan kambing yang kecil-kecil milik Pak Anjang. Kandangnya terletak hanya di belakang rumah Angah, jadi petang-petang pergi la tengok kambing ni. Dulu kambing ni sangat liar, nak sentuh pun memang susah. Sekarang ni kambing ni sangat jinak sampai Angah pulak takut.



Yang paling sporting dua ekor kambing ni la, tak sempat nak tanya nama diorang ni sebab tuannya tiada masa ni. Dari jauh lagi, 2 ekor kambing ni terus berlari manja ke arah Angah dan kawan-kawan. Apabila ditanya, kenapa kambing ni begitu mesra dan manja seperti ini, jawapannya ialah kambing ni diberi minum susu botol. Memang best kambing-kambing ni seolah-olah menyambut kedatangan Angah.



Sesiapa nak bergambar ngan kambing ni, boleh la datang ke kampung Angah berdekatan ye. Angah jarang-jarang balik sini. Lepas tengok kambing ni membiak dengan banyak, macam berangan la kan nak buka perternakan yang sama, tapi apakan daya tanah tiada. Takkan nak bina atas tanah orang kan.


Sejinak-jinak kambing ni, kambing-kambing ni memang bijak. Tengokla dua ekor kambing ni tak henti-henti gesel-gesel, macam kucing pulak. Bye-bye kambing, lepas tu Angah pun berjalan keluar dari kawasan ni, kambing-kambing ni tak ikut dan terus pulang ke kandang sebab pulang ke pangkuan ibunya yang sedang memanggil. Ok lah, see you soon kambing kalau tak kena sembelih lagi.



Angah: Perniagaan apa pun, kalau buat dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan jujur semestinya akan membuahkan hasil yang lumayan.







4 comments:

BULAN said...

okay!!sangat menarik!!jemput datang ke kandang kambing ayah saye d perak..:))

Khalid Amin said...

InsyaAllah, kalau ada kelapangan memang Angah akan datang sana.

Fia said...

ait. kambing bgus! mcm rasul kita..

Khalid Amin said...

Betul tu CikFia, kalau kita mengembala kambing, kita sebenarnya melakukan satu sunnah nabi.. Tapi kena mengembala dengan jujur..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..