Sunday, May 30, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN SABRINA & RAFIQUE

Pada hari Ahad, bersamaan 29 Mei 2009, Angah bersama rakan-rakan (Azida, Awin, Azliza, dan Liyana) berkonvoi ke Majlis Perkahwinan Sabrina & Rafique di International Youth Centre, Cheras. Sabrina ni Angah kenal waktu di Sekolah Menengah lagi iaitu di Sekolah Menengah Taman Johor Jaya 2 di Johor. Nak kenal pengantin?? Mari Angah kenalkan dua orang pengantin yang cun melecun pada hari berkenaan.



Ni la mempelai yang kami raikan dan maksudkan. Nak tahu apa tema diorang ni?? Diorang memilih tema gabungan "ENGLISH & ARABIC" menggunakan latar belakang warna perak. Memang sesuai dengan diorang. Apa agaknya tema Angah ye.



Tetiba di lokasi sasaran, Angah terus menyerang makanan-makanan yang lazat ni sebab kami sampai lewat kira-kira 3.35 petang dan majlis ni tamat pada pukul 4.00 petang. Harus la terkam makanan dulu. Nak tahu sedap ke tidak makanan kat majlis ni, nilai la pinggan-pinggan kami kat dalam gambar tu. Thumbs up to the food provider.



Sesudah je makan, bermula la sesi penggambaran bersama kawan-kawan dan mempelai. Diorang ni excited nak jumpa kawan lama ni. Angah join sekaki je.



Geram sangat dengan kek ni, tapi apakan daya hanya untuk pameran. Nampak macam sedap kalau masuk kat dalam mulut nie. Untuk hilangkan geram tu, ambil la satu gambar untuk jadikan kenangan dan mana la tahu terserempak kek ni kak mana-mana, boleh la beli sepotong. Hehe.



Alamak, kami terlupa pengantin lagi sorang, sebenarnya memang nak buli pengantin lelaki. Kami berenam semuanya konvoi dari Putrajaya ke Cheras, ada yang datang dari Shah Alam, Johor Bahru, Putrajaya dan Taman Melawati. Lain kali kita nak konvoi ke majlis siapa pula nie??





Ni la dia pengantin perempuannya, Sabrina. Angah ucapkan selamat penganting baru, semoga kekal ke anak cucu. Berakhir la sudah kunjungan yang best ni. Sebelum pulang, ada pulak yang tanya, Angah bila lagi?? Angah pun tak tahu nak jawab pe, biar la gambar kat bawah ni tolong jawabkan..




Kongsi Pengalaman: Angah tidak pernah serik untuk bercinta kerana Angah tahu satu hari nanti pasti akan ada satu cinta yang terbalas.



7 comments:

Anonymous said...

Pengantin is very nice..
pic last sekali tue yang tak tahan.
adedehhh

Khalid Amin said...

Angah tak tahu nak jawab soalan diorang macam mana.. Gambar tu la jawapannya..

Anonymous said...

dont waiting too long or somebody else will grab her.. well Angah, istikharah is the better way :)

Khalid Amin said...

Thanks for the advice.. Bila Angah dah kerja, Angah akan lamar dia terus.. Tapi kalau dia tolak juga, Angah redha..

Safiah Ibrahim said...

cari2. moga dpt yang sesuai dgn angah..

nurul azida ahmad said...

nice entry frenz. :)

Khalid Amin said...

Hehe.. Thank you..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..