Angah selalu ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan supaya memandu dengan berhati-hati ye. Angah tulis entry kali ni kerana rasa bertanggungjawab untuk beri peringatan kepada orang ramai dan penduduk Puncak Alam secara khususnya. Dalam masa seminggu ni, Angah selalu berulang alik dari Shah Alam dan Puncak Alam kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Dalam seminggu tu la, berlaku juga tiga (3) kemalangan yang hampir semuanya berlaku semasa jalan tengah lapang atau waktu tidak sibuk.
Kejadian pertama berlaku di Fasa dua, dimana sebuah kereta wira milik pekerja 99 Speedmart. Kemalangan berlaku di antara sebuah kereta wira dan teksi, bila tengok balik, hanya dua buah tu je kenderaan masa tu, tapi tetap berlaku kemalangan. Kejadian kedua, kereta wira juga memasuki laluan bertentangan di selekoh menuju ke lampu isyarat depan UiTM Puncak Alam yang melanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan. Dan kejadian ketiga, pada hari ni, sebuah kereta terbabas ke dalam semak, Angah rasa kereta dipandu laju semasa melalui selekoh ni. Jom kita imbas detik-detik di tempat kemalangan.