Showing posts with label Penipuan. Show all posts
Showing posts with label Penipuan. Show all posts

Saturday, January 4, 2014

Maklumat Tentang Senarai Penipu di Malaysia

Tujuan senarai ini adalah untuk memberi peringatan kepada semua peniaga atau pembeli supaya berhati-hati semasa berurusan di alam siber kerana wujud segelintir manusia yang tidak mengenal halal haram dan sanggup menipu untuk kepentingan diri sendiri. Maklumat yang disertakan ini adalah yang berkaitan secara langsung ataupun tidak langsung dengan penipuan yang disertakan. Sekiranya ada pembaca yang ingin memberikan maklumat tentang sebarang penipuan, boleh emailkan kepada Angah.

No Siri: 1
No. Akaun:  106173045853
Nama:  Chong Kum Fung
Facebook:  Goh Stan
Penipuan:  Penjualan emas ataupun penipuan di internet
Kerugian:  RM10,000 ++

Tuesday, October 26, 2010

SMS PENIPUAN TAK ABIS-ABIS MENIPU


"TAHNIAH" Your simCard b'jaya menangi RM 15.000,00, dr"POWER ROOT.SDN'BHD No.siri DT527 Sila Call: 019-803-7849 daripada nombor telefon pengirim +60145568395.




Inilah sms yang Angah terima sebaik sahaja bangun dari tidur, malahan kecewa dengan orang-orang di sebalik penipuan ni yang hidup dengan menipu orang. Lagi-lagi Angah risau ada orang yang akan tertipu dengan sms sebegini bak dipukau mengeluarkan sejumlah wang dan masukkan ke dalam akaun mereka. Untuk peringatan kepada orang ramai sekiranya dapat sms seumpama ini atau sms yang seakan-akan serupa seperti menawarkan wang tunai, hadiah menarik, dan sebagainya, sila abaikan atau padam je sms tu dari telefon. Jangan menyumbang kepada statistik penipuan sms.




Angah: Menipu bukan satu cara untuk meneruskan hidup, jadi penipu di luar sana, masih ada waktu untuk kamu kembali ke pangkal jalan.

Thursday, September 23, 2010

AWAS SMS MILO ADALAH SATU PENIPUAN


Pada hari ini, Angah menerima satu SMS yang berbunyi: Number Phone Anda, Telah Berjaya Cabutan Bertuah" RM13,000.00 From: MILO by NESTLE MALAYSIA-BHD. Next Sila Call: +62817212547 RAHMAN BIN ALY Terima-kasih daripada nombor +6285220907974. Angah tidak pernah memasuki apa-apa peraduan sebelum ini dan mustahil nombor Angah boleh menang cabutan bertuah. Post ini peringatan kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan SMS seperti ini kerana ramai yang sudah tertipu dan habis ribuan ringgit.



Jangan kerana inginkan RM13,000.00 yang ditawarkan, kita sanggup mengeluarkan duit sendiri katanya untuk urusan pentadbiran la, apa la. Yang penting selalu berpesan dengan diri sendiri duit tidak datang bergolek, tidak datang dengan sendiri. Penipu tak cari pun memang akan datang mencari kita. Penipuan SMS seperti ini masih berleluasa di negara kita dan masih ada yang tertipu. Tolong sebarkan pesanan ini untuk kebaikan bersama. Terima Kasih. Selamat Hari Raya untuk rakyat 1Malaysia.




Angah: Peringatan ini khas daripada Angah untuk Anda !!




VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..