Showing posts with label Diperlukan Segera. Show all posts
Showing posts with label Diperlukan Segera. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

NAK ATAU TAK NAK BELI GPS GADJETS

Angah ni suka berjalan ke tempat-tempat menarik tetapi selalunya sesat bila dalam perjalanan yang menyebabkan kos perjalanan tu bertambah dari segi penggunaan minyak sebab guna jalan jauh, salah masuk tol, masa perjalanan bertambah, kos prepaid nak tanya direction, dan sebagainya. Jadi ingat nak spend sikit duit nak beli GPS (Global Positioning Satellite) yang letak dalam kereta tu, agak-agak2 berbaloi tak beli. Kalau berbaloi ada tak cadangan nak beli yang macam mana dan berapa agak-agak modal yang sepatutnya Angah keluarkan. Ada dah Angah survey dalam RM300.00, kalau beli ni confirm la sampai ke tempat destinasi pada waktunya.



GPS ni lebih kurang cam gambar kat atas ni la, banyak kegunaannya termasuk menunjukkan arah yang paling dekat menuju destinasi, dilengkapi fungsi suara untuk memberitahu arah berikutnya. Kalau kita laju pun, GPS ni boleh bagi amaran supaya perlahankan kenderaan. Memang kena beli la satu benda ni. Ada sesiapa tahu jenama apa yang elok dan apa keburukan alat nie?? Boleh la bagi comment kat post ni..


Angah: Ada research yang dibuat mengatakan perempuan yang susah ingat jalan, Angah pun lupa gak, tapi alhamdullillah la selalunya sampai je destinasi cuma lama tak lama la baru sampai.








INFORMASI TENTANG KAD KREDIT BANK RAKYAT

Bank Rakyat menawarkan kad kredit dengan kelebihan-kelebihan dan keistimewaan yang menarik seperti di bawah:

  • Percuma - Tiada Yuran Tahunan (Tanpa Sebarang Syarat).
  • Tiada Riba (Lebihan / Interest).
  • Percuma Pelan Perlindungan Takaful Keluarga Berkelompok. Waris tidak perlu menanggung hutang pemegang kad sekiranya berlaku hilang upaya atau kematian ke atas pemegang kad.
  • Khairat Kematian serta merta RM1000.00.
  • Tiada Caj Keuntungan berganda yang dikenakan.
  • Yuran pengeluaran tunai yang rendah. Caj RM30 (ATM Bank Rakyat) untuk pengeluaran RM1000 atau sebahagian daripadanya.
  • Mata Pertukaran Wang Tunai / Tabung Umrah. Mata ganjaran akan diberikan untuk setiap RM10.00 penggunaan. (RM10.00 = 1 mata)
  • Kemudahan pembayaran zakat.
  • Diiktiraf seluruh dunia.
  • Perkhidmatan pelanggan 24 jam.


SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN:

  1. Kakitangan Kerajaan - Satu (1) Bulan Slip Gaji / Salinan Kad Pengenalan.
  2. Swasta - Dua (2) Bulan Slip Gaji / Salinan Kad Pengenalan.
  3. Kad Sedia Ada - Salinan Kad Kredit Sedia Ada (Lebih Satu (1) Tahun) dan Salinan Kad Pengenalan.

Sekiranya berminat dan ingin bertanya lanjut, boleh email terus kepada Angah di alamat email khalid3280-kadkredit@yahoo.com, Angah sentiasa ada untuk membantu.


Angah: Simpan atau Boros?? Yang mana lagi senang, selalunya semua orang boros, tapi boros kena bertempat ye..







Wednesday, June 23, 2010

JAWATAN KOSONG PEMBANCI DIPERLUKAN

Untuk sesiapa yang ingin mencari pekerjaan sementara dan berminat untuk bekerja sebagai pembanci bolehlah meneliti maklumat ini. Peluang keemasan untuk sesiapa yang ingin merasai pengalaman menjadi seorang pembanci. Kawan Angah ni ada jadi penyelia di kawasan Shah Alam dan ingin merekrut pembanci di area Shah Alam, untuk maklumat lanjut, boleh email Angah menggunakan khalid3280-pembanci@yahoo.com. Sebelum memohon pastikan anda memenuhi syarat-syarat di bawah:



  1. Kerakyatan : Warganegara Malaysia
  2. Kelulusan Akademik dan Pengalaman : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya ATAU Pegawai yang sedang berkhidmat bagi kumpulan sokongan daripada Gred 17 hingga 26.
  3. Umur Minimum : 18 tahun dah ke atas
  4. Bahasa : Berkebolehan bertutur dan memahami bahasa yang paling luas digunakan di kawasan bancian.
  5. Berkebiasaan dengan Kawasan : seberapa boleh calon hendaklah dipilih daripada mereka yang biasa dengan kawasan tempatan.
  6. Pengangkutan : Keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri terutama bagi mereka yang ditugaskan di kawasan luar bandar.

  • TEMPOH PERKHIDMATAN ADALAH DARIPADA 28 JUN HINGGA 22 OGOS 2010.
  • GAJI HARIAN (BELUM TERMASUK ELAUN) ADALAH RM 35.73 SEHARI.

Angah: Kawan Angah hanya perlukan lebih kurang 10 orang untuk memenuhi kekosongan pembanci di kawasan dia. Jadi cepat-cepat la rebut peluang ini. Semoga berjaya !!







VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..