Showing posts with label Cerita Angah. Show all posts
Showing posts with label Cerita Angah. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

PERADUAN TIKET MOVIE PERCUMA NUFFNANG

Hi Nuffnangers, lebih-lebih lagi yang berstatus Glitterati, apa khabar semua masa baca entri Angah pada kali ini. Baru-baru ini, Nuffnang ada menganjurkan beberapa peraduan untuk mempromosikan filem-filem terbaru di panggung wayang seperti yang tertulis kat gambar kat bawah ni. Filem terbaru kali ini seperti Hoodwinked Too: Good vs. Evil, Super 8 dan Green Latern menberi peluang kepada pemenang-pemenang tiket untuk menonton filem tersebut beberapa hari sebelum hari tayangannya. Angah dah tonton dua daripada filem tersebut dan akan berikan komen selepas ini. Teruskan membaca ye.




Angah memang suka join peraduan Nuffnang ni kerana peluang untuk menang sangat besar. Jadi mari kita lihat adakah komen-komen Angah berjaya membuahkan hasil? Kreatif sangat ke komen-komen Angah ni. Mari sama-sama kita tinjau !! Kreatif kata kreatif, kalau tak cakap "Biasa Jerkk". Eh tak baik la cakap cam tu kan, usaha tu tetap ada.
















Alhamdullillah, kesemua komen membuahkan hasil, dapat la tengok filem free banyak-banyak. Jadi moral of the story, dah tahu camne nak menang, lepas ni boleh la join peraduan ni ramai-ramai. Apa tak senangnya, tiga-tiga tiket Angah sapu bersih. Ok, review sikit tentang filem-filem yang Angah dah tengok ni, untuk filem Hoodwinked Too: Good vs. Evil, bagi pendapat Angah, jalan cerita kurang jelas dan banyak mempergunakan karakter kartun tu untuk menarik perhatian penonton yang bagi Angah tak patut dilakukan. Kalau nak rating filem ni daripada 10, Angah kasi 3 je. Untuk cerita Super 8, jalan cerita sangat lambat tetapi teruja dengan aksi-aksi letupan dan cemas yang sangat menarik. Rating 6 la daripada 10. Bukan mudah nak buat filem kan, tonton memang la senang, jadi esok nak pergi tengok Green Lantern pulak, harap-harap filem ni tip top.





Gambar kat atas ni bukan apa, cuma nak tunjukkan kepada semua betapa mudahnya menang bersama Nuffnang, tulis dan luahkan idea masing-masing dan menang. Mudah kan. Tak pernah miss la, kalau join je mesti menang. Oklah, untuk Nuffnanger yang menang tiket filem Green Lantern, nanti jumpa kat Cathay Cineplex, e@Curve ye. Jumpa di sana !!



Angah: Semoga Allah melimpahkan rezeki dan mempermudahkan kehidupan Angah di dunia dan di akhirat. Amin.

Thursday, March 31, 2011

SANG API BERMAHARAJALELA

Pernah terperangkap dalam kebakaran? Pengalaman pertama Angah hadapi kebakaran yang berlaku hanya sebelah rumah. Masa tu pukul 10 pagi, kedengaran orang menjerit "api" "api", lantas bangun dan intai di tingkap nampak api dalam rumah kat sebelah, tak sampai 10 minit, rumah ni dah hangus, masa hangus je leh ambil gambar sebab masa kebakaran sibuk bantu memadamkan api. Kebakaran berlaku akibat litar pintas kerana ada wayar yang terdedah.


Rumah kat sebelah tu berjaya diselamatkan penduduk kampung


Dua buah rumah kayu dijilat api


Hanya berjaya menyelamatkan seekor kucing daripada terbakar



Rumah Angah tersangat dekat, mujur angin tidak kuat dan alhamdullillah tiada korban semasa kebakaran ini. Moral of the story, sebelum meninggalkan rumah, pastikan elektrik ditutup kerana kayu amat mudah disambar api. Selepas kejadian ini, Angah terus berpindah rumah ke tempat yang lebih selamat. Eh lupa nak bagitau, kejadian ni berlaku di Padang Jawa sebelah KTM Padang Jawa. Angah harap semua yang terlibat mengambil iktibar dalam kejadian yang berlaku.




Angah: Pastikan anda melatih keluarga anda tentang perkara yang harus dilakukan semasa kebakaran seperti laluan kecemasan, tempat berkumpul dan alat-alat pemadam sekiranya ada kerana latihan seperti ini dapat meyelamatkan keluarga sekiranya berlaku kebakaran.

Wednesday, January 26, 2011

NASIB BAIK PERASAN

As' Salam pembuka tirai cerita Angah buat kali ini. Kemalangan sana-sini terjadi, tapi ramai lagi yang tidak serik2 nak memandu laju dan berbahaya. Semenjak menetap di Puncak Alam, laluan utamanya seringkali berlaku kemalangan ngeri sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. Bahkan dalam seminggu hampir tiga hingga empat kemalangan pasti berlaku di sepanjang jalan yang sangat berhampiran dengan UiTM. Yang sedihnya, pemandu yang cermat pun terlibat angkara kelalaian pemandu lain. Mana taknya, memandu dan memotong secara berbahaya secara membabi buta. Bukan saja kereta, kenderaan seperti motorsikal, lori dan bas turut terlibat sama.

Apabila Angah menggunakan laluan-laluan yang agak popular la di Puncak Alam, ada kalanya termengu sekejap apabila melihat selekoh-selekoh yang mengundang maut banyak terdapat di laluan tersebut. Jadi kepada yang tinggal di atau berhampiran Puncak Alam, perhatikan keadaan sekeliling dan sentiasa berhati-hati. Anak, isteri dan keluarga menanti kepulanganmu.



Ni pulak cerita Angah, nasib baik tak jadi pape kat Angah.. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya Mercedes Benz tu masuk lorong Angah dengan laju. Tak sempat la Angah nak tulis post ni lagi. Siap sempat tangkap gambar lagi tu. Angah rasa terpulang la kat pembaca nak fikir apa sebenarnya terjadi kat atas ni sebab semua mesti kreatif kan. Tujuan Angah hanyalah satu, menyedarkan pembaca tentang bahaya di jalan raya ni, Angah tidak sanggup lagi melihat ada yang terkorban hanya kerana memandu melebihi had laju. Kurangkan masa di jalan raya.

Orang kata ajal maut di tangan tuhan, tapi jangan dicari maut tu di jalan raya. Sempena cuti semesta dan Tahun Baru Cina yang mendatang, Angah doakan semua selamat pulang ke kampung halaman dan kembali dengan selamat. Selamat bercuti semua. Salam sayang, Angah.




Angah: Rasanya pendekatan saman tidak lagi membawa kesan kepada pemandu kerana buktinya kemalangan tetap berlaku di sana sini. Bijak pandai, sila beri idea yang lagi bernas menangani masalah ini.

Wednesday, December 29, 2010

INVITATION TO PREMIERE SCREENING OF SEASON OF THE WITCH

Hari ni bangun awal tapi sengaja liat nak turun dari katil. Bersiap-siap tapi tak sempat nak breakfast, buka freezer capai buah oren satu, start kereta terus pergi office. Buka je email, SUPRISE !!! Thank you Nuffnang, dah lama Angah tak pergi tengok wayang dengan tiket free ni. Jadi 5hb ni boleh la pergi e@Curve tengok season of the witch ni. Post Angah tak lah menarik sangat sebab tu terlepas grand prize 3D/2N kat Hard Rock Hotel worth RM2800.





Macam mana Angah boleh menang tiket ni, boleh la baca post Angah yang tak seberapa ni kat sini LINK NI. Angah pun ada masuk contest gak untuk movie Faster, harap2 yang tu pun membuahkan hasil. Mari bekerja !!




Angah: Tak sia-sia post ni !!

Tuesday, December 14, 2010

WHAT ARE MY HOBBIES

Life would be very boring without hobbies and everyone have their own unique hobbies to give sense to my existence. For me, I have many hobbies to share with anyone. Without hobbies and interest, we can be described as isolated person appear like robots, without feelings, like color blind creatures, like aliens on our own planet. I am very eager to try new things since my early childhood. I like playing computer games whether free or paid and every single game come out at the market place. I play all type of computer games such as war, strategy, puzzle etc. I already playing World of Warcraft: Cataclysm, Call of Duty: Black Ops, Two Worlds II, Deus Ex: Human Revolution, Assassin’s Creed: Brotherhood, Divinity II: The Dragon Knight Saga, Football Manager 2011, Aion, James Bond 007: Blood Stone, Star Wars: The Force Unleashed II etc.




I also like sports very much and playing different type of sports such as football, handball, basketball, tennis, pentaque, table tennis, badminton, volleyball, bowling, cycling etc. Besides that, I also love looking after pets at my office and home. Now, I already experienced to take care of rabbit, chicken, duck, hamster, many types of fishes, birds, cat etc. These hobbies make me closer to the nature and teach me to care and love the animals.

Until now, I am addicted watching cartoons especially during my free time and when I am at home. The favorite cartoons show such as Doraemon, Scooby-Doo, Spongebob Squarepants, Dora The Explorer, Upin Ipin, Thomas & Friends, Shin Chan, Mickey Mouse, Naruto Shippuden, Tomb The Builder, Wonderpets, Homer Simpson, Eric Cartman, Stewie Griffin, Bugs Bunny, Super Mario, Dragon Ball etc. Besides cartoons, I also like watching other television shows such as dramas, films, sports, telenovelas, talk shows, reality shows, political program etc. Not only watching through television but often spends time to go cinemas especially TGV cinemas and Golden Screen Cinema (GSC).




I also very interested to collect things such as stamps, badges (Nuffnang already included in my collection), and old coins & moneys. Such activities can generate extra money when other people want to buy my collection. Last but not least, many more my hobbies and interest I want to share like traveling, driving, riding motorbikes, mountain climbing, photography and editing picture, reading book, playing cards, fishing, and playing chess etc. I just can list out all and will share this in another time in future if god willing.

I also love extreme sports and willing to spend my money to do the stuffs such as bungee jumping and horse riding. I will join other extreme activities soon like hand gliding, parachuting, windsurfing and hot air ballooning. If I have the opportunity, I would like to try new hobbies and interest such as wall painting, underwater photography, rice sculpture, hypnosis activities, communicate with animals, making stunts in front of peoples, cooking complicated foods, making robots, watching & learning about stars, taming wild animals, exploring volcanoes and underwater caves, travelling & exploring exotic countries.




Angah: Believe it or not I have kilos of hobbies and interests..

Wednesday, November 10, 2010

HARI INI HARI JADI ANGAH


Hari ni 10 November 2010, genap umur Angah 24 tahun. Tapi rasa macam baru 18 tahun, banyak benda lagi belum buat, dakit bukit, luncur ais, naik gajah, mancing tengah laut. Cita-cita pun belum tercapai lagi nak jadi ringgitan, ratusan, ribuwan, jutawan dan wan wan lah. Angan-angan nak kawin hujung tahun ni, tapi rumah si dia tak pernah pergi lagi. Takpelah, masih ada masa lagi nak buat semua ni. Alhamdullilah, esok pun nuffnang dah bagi 2 tiket percuma menonton movie baru "Skyline". Dapat la celebrate sikit dengan popcorn combo dari pihak TGV.



Esok Angah kena pakai baju biru ala-ala warna langit dan cat muka dengan warna merah untuk memenangi sebuah notepad. Kalau la bertuah, dapat juga hadiah misteri dari Nuffnang. Oklah, tak banyak yang menarik pada hari lahir Angah ni. Dah pukul 4 pagi, baik Angah tidur sekarang.



Sebelum Angah melelapkan mata, Angah berdoa ke hadrat Illahi supaya Angah dimurahkan rezeki, dijauhkan bala, fitnah, hasad dengki, musuh, kawan dalam lipatan, dan segala musibah serta dipanjangkan umur hingga ke anak cucu & cicit. Kawan-kawan pun doakan Angah ye. Wassalam.




Angah: Dah 24 kali sambut hari lahir, rasanya macam sekejap je masa berlalu.

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..