Tuesday, June 14, 2011

PERADUAN TIKET MOVIE PERCUMA NUFFNANG

Hi Nuffnangers, lebih-lebih lagi yang berstatus Glitterati, apa khabar semua masa baca entri Angah pada kali ini. Baru-baru ini, Nuffnang ada menganjurkan beberapa peraduan untuk mempromosikan filem-filem terbaru di panggung wayang seperti yang tertulis kat gambar kat bawah ni. Filem terbaru kali ini seperti Hoodwinked Too: Good vs. Evil, Super 8 dan Green Latern menberi peluang kepada pemenang-pemenang tiket untuk menonton filem tersebut beberapa hari sebelum hari tayangannya. Angah dah tonton dua daripada filem tersebut dan akan berikan komen selepas ini. Teruskan membaca ye.




Angah memang suka join peraduan Nuffnang ni kerana peluang untuk menang sangat besar. Jadi mari kita lihat adakah komen-komen Angah berjaya membuahkan hasil? Kreatif sangat ke komen-komen Angah ni. Mari sama-sama kita tinjau !! Kreatif kata kreatif, kalau tak cakap "Biasa Jerkk". Eh tak baik la cakap cam tu kan, usaha tu tetap ada.
















Alhamdullillah, kesemua komen membuahkan hasil, dapat la tengok filem free banyak-banyak. Jadi moral of the story, dah tahu camne nak menang, lepas ni boleh la join peraduan ni ramai-ramai. Apa tak senangnya, tiga-tiga tiket Angah sapu bersih. Ok, review sikit tentang filem-filem yang Angah dah tengok ni, untuk filem Hoodwinked Too: Good vs. Evil, bagi pendapat Angah, jalan cerita kurang jelas dan banyak mempergunakan karakter kartun tu untuk menarik perhatian penonton yang bagi Angah tak patut dilakukan. Kalau nak rating filem ni daripada 10, Angah kasi 3 je. Untuk cerita Super 8, jalan cerita sangat lambat tetapi teruja dengan aksi-aksi letupan dan cemas yang sangat menarik. Rating 6 la daripada 10. Bukan mudah nak buat filem kan, tonton memang la senang, jadi esok nak pergi tengok Green Lantern pulak, harap-harap filem ni tip top.





Gambar kat atas ni bukan apa, cuma nak tunjukkan kepada semua betapa mudahnya menang bersama Nuffnang, tulis dan luahkan idea masing-masing dan menang. Mudah kan. Tak pernah miss la, kalau join je mesti menang. Oklah, untuk Nuffnanger yang menang tiket filem Green Lantern, nanti jumpa kat Cathay Cineplex, e@Curve ye. Jumpa di sana !!



Angah: Semoga Allah melimpahkan rezeki dan mempermudahkan kehidupan Angah di dunia dan di akhirat. Amin.

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..