Tuesday, October 19, 2010

RABBIT PETTING ZOO ARNAB COMEL


Semalam ada expo dekat depan PKNS Shah Alam, Angah lalu la kat situ dan baru tahu itu adalah hari terakhir. Bila lalu kat situ, ada pulak yang mencuit pandangan mata Angah iaitu Rabbit Petting Zoo. Sekali masuk RM3 seorang, kalau 2 orang RM5, offer di saat-saat akhir. Yang bayar, boleh la nak pegang-pegang rabbit yang banyak dalam kandang tu, nak bagi makan ke, bergambar ke, sume boleh. Yang tak bayar, kena duduk mengidam luar pagar je la.



Macam-macam saiz dan warna ada. Yang penting memang arnab-arnab ni comel2 sumenya. Yang dalam gambar kat bawah ni nama dia arnab pemalu, sorokkan muka bila halakan kamera. Kalau Angah ada arnab ni, nak nama kan dia "ben ben" macam iklan paint seamaster. Hehe.



Duduk-duduk tilik arnab ni, nampak la satu karpet dari belakang. Ingat karpet, tapi arnab rupanya. Betul-betul Angah ingatkan karpet sbb bulu dia memang gebu dan lembut pastu tak bergerak langsung. Jualan arnab pada hari ni memberangsangkan sebab sume arnab terjual.



Cuba korang tengok, macam karpet kan. Hehe. Ni nak buat soalan ni: Karpet ke Arnab?? Kalau pandai jawab lah.. Hehe.. Arnab ni memang buat Angah geram sampai ke hari nie. Angah pun bercadang nak beli tapi nasib baik takde duit masa tu. Mahal kot seekor arnab ni.


Arnab yang kat bawah ni not for sale sebab masih dalam pantang susuan. Tapi ciut-miut sume anak-anak arnab ni, nak pegang tak boleh sebab masih kecil. Sape nak arnab ni, Angah nak kasi free-free je nie.. Hehe..



Sekarang ni Angah dah mula rindu kat arnab-arnab ni. Semoga dapat bersua lagi. Huhu. Untuk baca entry yang sama pasal ekspo arnab ni boleh klik kat sini.. Safiah Ibrahim..




Angah: Untuk pengetahuan pembaca, daging arnab boleh dimakan tapi mahal sikit la. Masa ekspo ni, daging arnab dijual pada harga RM30.00 seekor. Nyum !! Nyum !!

2 comments:

MyraLove =) said...

erk.tak makan pun takpelah..
tk sanggup..comey sangt..huhuh

Khalid Amin said...

Tak makan pun takpe.. Arnab tu memang comel..

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..