Wednesday, July 21, 2010

LUANGKAN MASA DENGAN SI CANTIK PERGI KARAOKE

Pada sabtu yang lepas 17hb July, Angah bangun dari tidur dan buzz seorang kawan, tak pasal-pasal ajak jalan-jalan. Angah selalunya ok je dengan sebarang pelawaan. Bersiap-siap terus on da way ke Puncak Alam. Senang sangat nak cari rumah diorang ni walaupun rumah diorang ni agak terpencil. Nak tahu siapa diorang ni, nanti Angah ceritakan. Setelah amik terus ke Jusco, Bukit Raja untuk makan tengah hari. Usha punya usha makanan kat food court tu adalah satu yang meyetuskan selera tekak ni.


" Nasi Goreng Ayam Barbeque "


Dalam gambar memang nampak sedap, bila dapat je macam hampeh, harganya RM15.00. Angah ni agak cerewet pulak pasal makanan ni padahal dah habis dah pun makanan tu. Kalau korang masuk kedai-kedai yang mahal ni, diorang cuma pentingkan appearance makanan tu je, rasa dan kuantiti nombor berapa entah.


" Sedapnya Makanan Ni, Sedapnye.. "

Kawan Angah sorang ni order makanan kat atas tu tapi tak boleh share ni. Sedih je tengok dia makan sorang-sorang. Takpe2, lain kali nak order makanan ni pulak. Lepas makan, bermula la aktiviti-aktiviti remaja gitu. Think !! Think !! Erm.. Pergi karaoke la.. Jom ~~ !!


" Dari Kanan: Atilah, Shah, Zuraida dan Iszaida "

Ni la dia orang nya, semuanya manis-manis belaka. Harap-harap Angah berjaya membuatkan diorang happy pada hari tu. Lepas ni plan nak gi genting plak dengan diorang ni. Bila lagi nak spend masa sama-sama kan sebab lepas ni semua susah nak jumpa dah. Okay, gambar-gambar lepas ni diambil semasa berkaraoke di Plaza Shah Alam, Selangor.


" Adik-adik Angah Ni Sumenya Layan Lagu-Lagu Jiwang "


" Empat Orang, Empat Ragamnya, Tapi Sume Sporting "


" Pasni Rindu La Kat Korang Sume "

Masa sungguh singkat, 32 lagu sudah habis didendangkan, tangan pun dah penat main basketball RM1.00 dan tukul besar. Hilangkan penat dengan menikmati makanan-makanan yang lazat di Kedai Telur Berlada Wan kat Kampung Kuantan. Pastu hantar diorang balik dan tamat sudah cerita hari tu.


Angah: Gembirakan hati yang tersayang semasa mereka masih hidup kerna bila mereka sudah pergi, waktu tidak dapat diputarkan semula untuk membuat mereka gembira.







No comments:

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..