Saturday, June 12, 2010

SATU SUKAN YANG UNIK
SUKAN PETANQUE


Petanque, memang susah nak sebut kalau lidah tak lembut. Ada yang sebut bunyinya seolah-lah "PETANG", "PETANG-Q" dan macam-macam lagi. Angah ni memang gemar bersukan, semua sukan Angah main, dan petanque ni adalah sukan yang diambil serius la. Bola sepak padang, futsal, bola baling, bola keranjang, snooker, bowling, apa-apa sukan la angah dah cuba. Cukup mukadimah yang merapu ni, mari Angah cerita sedikit sebanyak tentang Petanque ni dalam sesi "ANGAH & PETANQUE".



Ni bola petanque Angah, dah lebih setahun dah guna sebab tu warna bola tu dah tak berkilat. Dulu tiap-tiap petang training kat gelanggang petanque terletak di UiTM, Shah Alam. Tapi sekarang ni dah lama dah tak turun sebab tak ada peluang untuk menyertai mana-mana pertandingan petanque. Ok, untuk yang ingin mengenali sukan petanque ni yang bola kecil tu adalah sasaran game ni, takde yang kecil tu, tak boleh la nak main game ni. Yang besar tu adalah bola petanque yang harus mendekati bola yang kecil tu. Susah nya nak cerita, nak tahu boleh la set temujanji dengan Angah dan kita jumpa di gelanggang ye.


Ni la gelanggang yang Angah maksudkan yang ada kat UiTM Shah Alam. Gelanggang ni ada 6 gelanggang semuanya yang boleh menempatkan 6 perlawanan pada satu-satu masa. Angah tak la handal main petanque ni, tapi boleh la nak main. Ramai juga yang berminat dengan permainan ni, kat bawah ni antara-antaranya la.



Ni pemain-pemain petanque lelaki yang sempat Angah kenal sepanjang Angah berkecimpung dalam permainan ni. Dapat la melawat tempat orang kalau kita main petanque ni. Gambar ni di ambil semasa perlawanan petanque di Melaka. Kalau ada lelaki ada la pasangan dia bukan. Mari Angah perkenalkan wajah-wajah kat bawah pulak.



Ingat la muka-muka diorang ni, kalau terserempak ke dengan diaorang, ajak la lawan petanque. Diorang ni adalah yang paling sporting sbb tu letak gambar diorang ni. Angah pun selalu kalah dengan diorang ni sebab diorang ni memang handal-handal semuanya.



Ni la gelagat-gelagat pemain ketika bermain permainan ni. Apa yang dapat kita lihat kat atas tu, pemain sedang mengukur bola siapa yang paling dekat, jadi yang jauh kena la lontar bola petanque diorang. Permainan ni penuh dengan strategi kalau nak tahu, keunikan permainan ni, pemain adalah pengadil yang menentukan peraturan yang akan diguna pakai.



Akhirnya Angah menang perlawanan ni, perlawanan ni je tau, bukan kejohanan ni. Jemput la turun ke gelanggang di UiTM Shah Alam kalau nak tahu permainan ni dengan lebih lanjut. Sampai di sini sahaja sesi "ANGAH & PETANQUE". Wassalam.


Kongsi Pengalaman: Ketika bertanding di dalam apa-apa kesukanan, ada saja pemain yang menggunakan taktik kotor, tapi ingat kita tak seperti mereka, main la dengan jujur baru rasa nikmat kemenangan!!



2 comments:

nad said...

Salam. Angah masih di Shah Alam ke? Saya nadia. Nak tanya angah boleh ke ajar saya main petanque ni pada esok (13/10/12)dan (14/10/12)? Saya kena lakukan microteaching pasal petanque ni tapi tidak la pandai main.. So nak cari orang pandai untuk mengajar saya. Masa saya diberi tugasan in pada 3minggu yang lalu tidak pula saya jumpa blog angah ini, kalau tidak pasti awal lagi boleh saya minta angah ajarkan saya permainan ini.. sekian, terima kasih.

Khalid Amin said...

Angah sudah tidak ada kat UiTM Shah Alam, boleh bagi email, nanti Angah boleh bagi contact pemain petanque kat sana. :)

VERY VERY IMPORTANT READER (VVIR)

Thank you for visiting my blog, if you don't mind, please leave your blog link by filling the form below. InsyaAllah, I will visiting you in the future. If you have any question regarding myself or anything, please leave your doubt at "FORMSPRING ME" ok..